Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - 43 Asnaf setai Porgram Insan Terpilih Madani hasil inisiatif FCoEE n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
43 Asnaf setai Porgram Insan Terpilih Madani hasil inisiatif FCoEE

43 Asnaf setai Porgram Insan Terpilih Madani hasil inisiatif FCoEE

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 06 November 2023 11:55
KANGAR, 4 November- Seramai 43 peserta terdiri daripada golongan asnaf terpilih menyertai Program Insan Terpilih Madani hasil inisiafif Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE).
     
Melaluinya, FCoEE akan mendidik serta mencorak personaliti anak-anak asnaf agar lebih berdaya saing dan mempunyai jati diri yang tinggi.
      
Menurut Pengerusi FCoEE, Profesor Emeritus Datuk Dr Kamaruddin Hussin, selain daripada penerapan ilmu dan akademik, anak-anak asnaf akan diberikan pendedahan awal berkaitan dengan perkembangan psikososial mereka.
     
"Selain itu, turut melibatkan Intervensi Kaunseling Pendidikan oleh Rakan Pemangkin Pembangunan Insan Terpilih Madani (RPPITM) menerusi perjumpaan berkala dengan anak-anak asnaf dan melaksanakan kajian jangka pendek dan jangka panjang bagi membina profil psikososial anak-anak asnaf, " jelas Dr Kamaruddin.
        
Pihaknya juga telah merangka Model Perkembangan Psikososial Anak-anak Asnaf menerusi tiga strategi iaitu pembinaan modul yang menerapkan lims dimensi psikososial melibatkan Daya Tahan, Penghargaan Kendiri, Ihsan Kendiri, Sokongan Sosial dan Keagamaan.
       
Beliau memaklumkannya pada Majlis Penyerahan Insan Terpilih Madani kepada Rakan Pemangkin Pembangunan Insan Terpilih Madani melalui Ketua Pemangkin Pembangunan Insan Terpilih Madani di Kangar.
         
Program dirasmikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail melibatkan 43 Insan Terpilih Madani, 96 orang Rakan Pembangunan Insan Terpilih Madani dan 43 orang terdiri Ketua Pemangkin Pembangunan Insan Terpilih Madani.
    
     
Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE