Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Alumni KUIPs disaran terus berbakti kepada kolej - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Alumni KUIPs disaran terus berbakti kepada kolej - Raja Muda Perlis

Alumni KUIPs disaran terus berbakti kepada kolej - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 06 November 2023 12:02

ARAU, 5 November- Graduan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) perlu sentiasa aktif bersama Alumni KUIPs dengan menyumbang pemikiran, mahupun kewangan melalui inisiatif wakaf yang diperkenalkan.

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, KUIPs akan bertambah terpelihara, maju dan terus mengeluarkan graduan berkualiti yang boleh membina negara pada masa hadapan.

 

“Kejayaan para graduan pada hari ini merupakan perkongsian kegembiraan ibu bapa, penjaga dan keluarga. Tahniah diucapkan kerana telah memberikan bimbingan serta nasihat berterusan dengan penuh kasih sayang kepada para graduan untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan dalam ilmu pengetahuan serta mendidik mereka dalam membina peribadi, jati diri dan pegangan moral sehingga berjaya”, titahnya ketika menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Kali Ke-6 KUIPs di Dewan Harumanis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, di sini.

      

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Canselor KUIPs berkenan untuk menyempurnakan pengurnian Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Hadis kepada Dr. Muhammad Asri Yussof.

           

Selain itu, baginda turut mengurniakan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma kepada 173 graduan dari Fakulti Pengajian Islam, 66 graduan dari Fakulti Muamalat dan Kewangan Islam serta 37 graduan dari Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan.

      

Sepanjang tahun ini, KUIPs berjaya meningkatkan jumlah pengambilan pelajar baharu dengan pencapaian sebanyak 122 peratus berbanding unjuran pada tahun semasa bagi semua peringkat pengajian.

         

Kecemerlangan KUIPs dalam bidang akademik turut dibuktikan dengan kejayaan pengiktirafan Penarafan Bersepadu Institut Pendidikan Tinggi Malaysia 2022 (SETARA 22) oleh Jabatan Pengajian Tinggi dengan pencapaian berdaya saing yang setaraf dengan 103 universiti lain di Malaysia.

      

              

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE