Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kemudahan autisme diharap dapat diaplikasikan di Pusat Autisme A-Heart n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kemudahan autisme diharap dapat diaplikasikan di Pusat Autisme A-Heart

Kemudahan autisme diharap dapat diaplikasikan di Pusat Autisme A-Heart

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 14 November 2023 11:50

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail diraikan dalam satu majlis santapan tengahari yang dihoskan oleh Yunnan Overseas Chinese Chamber Of Commerce di Kunming, China.

   

Keberangkatan baginda disambut oleh pengerusinya yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Yunnan SkyCity Property Group Company Limited, Yin Yuanjiang dan Naib Presidennya, Zhang Xiaoli.

 

   

Yunnan Overseas Chinese Chamber Of Commerce melalui ahli-ahlinya terlibat dalam pelbagai industri seperti teknologi maklumat, perkhidmatan dan teknologi, pembuatan, pertanian, pelancongan dan kebudayaan, hotel, industri teh, kopi dan makanan, internet, perubatan pemulihan, perdagangan antarabangsa, dan pembangunan hartanah, meliputi semua sektor ekonomi swasta.

   

Terdahulu, baginda turut melapangkan waktu berkenan melawat LIH SkyCity Rehabilitation Hospital yang beroperasi di bangunan yang sama.

    

Pengarah Urusan LIH SkyCity Rehabilitation Hospital, Dr Tian Shen dan Pakar Psikologi, Shum Pei San mempersembah maklum kepada baginda dengan lebih lanjut mengenai urusan seharian hospital swasta berkenaan.

    

Hospital ini menyediakan pelbagai perkhidmatan berkualiti tinggi termasuklah dalam Pemulihan Neurologi, Pemulihan Ortopedik, Pemulihan Geriatrik, Pengurusan Kesakitan, Pemulihan Pediatrik dan Terapi Autisme.

Baginda tertarik dengan beberapa kemudahan yang disediakan untuk autisme dan berharap agar beberapa daripadanya dapat cuba diaplikasikan di Pusat Autisme A-Heart Perlis apabila ianya dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan negeri dengan kerjasama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kelak.

   

   

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE