Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pejabat Konsulat Jeneral Kunming komited tingkat hubungan dua hala n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pejabat Konsulat Jeneral Kunming komited tingkat hubungan dua hala

Pejabat Konsulat Jeneral Kunming komited tingkat hubungan dua hala

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 14 November 2023 11:52

PEJABAT Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming terus komited dalam memainkan peranan penting bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan China.

Ia meliputi pelbagai bidang-termasuk perdagangan dan pelaburan, pelajaran, kebudayaan dan pelancongan selain hubungan antara rakyat Malaysia dan China, terutamanya di Wilayah Yunnan.

   

Pihak-pihak berkepentingan di Wilayah Yunnan sesungguhnya amat mengalu-alukan kerjasama baharu dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan serta pendidikan dengan pihak-pihak berkepentingan dari Malaysia.

    

Demikian disembah maklum oleh Konsul Jeneral Malaysia di Kunming, Muhamad Akmal Abdul Wahab.

Beliau juga menerima sumbangan ‘Bantuan Ibnu Sabil’ berjumlah RM5,000 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi pihak Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming.

     

Untuk rekod, Tabung Ibnu Sabil daripada MAIPs disalurkan melalui beberapa buah pejabat Perwakilan Malaysia terpilih di luar negara bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang berhadapan dengan situasi kecemasan, terputus bekalan sara diri atau terkandas untuk kembali ke tempat asal atau meneruskan perjalanan.

     

Penyerahan tersebut disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Tasik Dianchi, Daerah Xishan sempena lawatan khas Baginda selama tiga hari ke Wilayah Yunnan pada kali ini.

    

Muhamad Akmal dalam sembah maklumnya berkata, tahun 2023 adalah merupakan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China dan tahun 2024 nanti bakal menyaksikan Malaysia dan China menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.

Tambah beliau, negara China masih kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan dua hala berjumlah RM488 bilion atau USD110.6 bilion pada 2022 yang mana ini didukung oleh peluang-peluang kerjasama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara termasuk di Wilayah Yunnan. 

   

   

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE