Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja, Raja Perempuan terima kunjungan Sultan Johor n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja, Raja Perempuan terima kunjungan Sultan Johor

Raja, Raja Perempuan terima kunjungan Sultan Johor

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 16 November 2023 08:05

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan menerima kunjungan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Kangar, semalam.

Raja, Raja Perempuan, Raja Muda, Raja Puan Muda bersama anakanda bergambar kenangan bersama Sultan Johor.

 

       

Keberangkatan tiba Tuanku Sultan Ibrahim disambut oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda kedua Baginda berdua, Sharifah Farah Adriana Jamalullail.  

     

Majlis dimulakan dengan pimpinan doa oleh Mufti Perlis, Prof. Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

     

Pertemuan Baginda Tuanku berdua telah berlangsung selama lebih sejam.

       

Keberangkatan Tuanku Sultan Johor itu adalah kesinambungan kunjungan kepada Raja-Raja Melayu sebagai adat berkunjung kasih selepas selesai urusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara, pada 27 Oktober lalu.

 

    

Raja Muda berkenan menyambut ketibaan Sultan Johor.

 

     

Selesai sesi pertemuan, Sultan Johor diiringi Raja Muda Perlis dalam kenderaan rasmi yang sama terus berangkat ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar untuk berangkat pulang. 

 

    

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE