Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Lancar Kempen Wakaf Tunai Bina Bangunan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs Lancar Kempen Wakaf Tunai Bina Bangunan

MAIPs Lancar Kempen Wakaf Tunai Bina Bangunan

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 13 Mei 2019 11:20

KANGAR, 13 Mei (Isnin) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melancarkan ‘Kempen Kutipan Wakaf Tunai Bangunan Wakaf MAIPs - Perkhidmatan Hemodialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Peringkat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Perlis pada sabtu malam.

Kempen berkenaan telah disempurnakan pelancarannya oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga merangkap Tuanku Yang Dipertua MAIPs bersempena ‘Majlis Berbuka Puasa’ yang diadakan di Wisma TNB Kangar.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda baginda berdua, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor menyampaikan taklimat mengenai kempen berkenaan kepada sekalian yang hadir di mana MAIPs akan mempamerkan gegantung khas hebahan kempen berkenaan di kaunter bayaran TNB bermula hari ini.

Tambah beliau lagi, masyarakat disaran mengambil kesempatan di bulan Ramadhan yang mulia ini untuk memberikan sumbangan wakaf bagi merealisasikan hasrat pembinaan sebuah projek ‘Mercu Tanda Wakaf’ di Negeri Perlis ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa bangunan tersebut memerlukan sumbangan sebanyak RM6 juta dan status pembinaan kini sudah pada peringkat 55 peratus siap.

Antara lain yang hadir ialah Pengurus Besar TNB Perlis (Bahagian Pembahagian), Abdul Aziz Yaacob serta pengurusan pejabat TNB Perlis. Turut hadir, Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Jamal Harizan Yang Razali dan Pegawai Kewangan Negeri, Nasaruddin Abdul Muttalib.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE