Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - 108 orang murid TIPs JAIPs diraikan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
TUANKU Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Konvokesyen Murid Tadika Islam Perlis (TIPs) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di Dewan Warisan Kangar, Perlis semalam.-UTUSAN TUANKU Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Konvokesyen Murid Tadika Islam Perlis (TIPs) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di Dewan Warisan Kangar, Perlis semalam.-UTUSAN Oleh Mohd Hafiz Abd Mutalib

108 orang murid TIPs JAIPs diraikan

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 07 Disember 2023 09:00

KANGAR: Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Konvokesyen Murid Tadika Islam Perlis (TIPs) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di Dewan Warisan di sini, semalam.

       

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah JAIPs, Najmuddin Abdul Karim.

 

    

Seramai 108 orang murid enam tahun yang bergraduasi terdiri daripada 15 buah TIPs yang beroperasi di seluruh negeri Perlis.

       

Najmuddin dalam ucapannya menyatakan, pendidikan Islam perlulah diperkenalkan seawal usia pra-sekolah bagi menyemai benih bermutu dalam pembentukan ummah Islam di masa akan datang.

   

Katanya, pendidikan Islam merupakan satu proses mengajar manusia membentuk serta melatih dalam pelbagai bidang seperti fizikal, rohani, akal, akhlak dan kesedaran sosial bagi melahirkan anak-anak yang sempurna, beriman, berakhlak mulia, berbadan sihat, berilmu dan berkemahiran dalam kerjaya.

“Majlis ini juga berupaya meningkatkan motivasi dan menyuntik semangat murid-murid untuk meneruskan sesi persekolahan peringkat rendah yang lebih mencabar pada tahun akan datang,” katanya.

    

Tuanku Lailatul Shahreen turut berkenan menyempurnakan pengurniaan Anugerah Cemerlang Akademik, Anugerah Sahsiah Terpuji dan Anugerah Tokoh Murid kepada 16 orang pelajar cemerlang.

     

Setiap pelajar menerima hadiah berupa beg sekolah dan wang tunai serta sijil Prasekolah.

 

     

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE