Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pakar perubatan mempunyai pengetahuan dan kemahiran diperlukan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan Malaysian Advanced Acute Internal Medicine and UltraSound Society Acute Medicine Congress ‘First Perlis International Acute Medicine Conference’ di Auditorium Dr. Syed Mahmood, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis Kangar, semalam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan Malaysian Advanced Acute Internal Medicine and UltraSound Society Acute Medicine Congress ‘First Perlis International Acute Medicine Conference’ di Auditorium Dr. Syed Mahmood, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis Kangar, semalam Oleh Muhamad Hafiz Bin Ab Mutalib.- UTUSAN

Pakar perubatan mempunyai pengetahuan dan kemahiran diperlukan

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 07 Disember 2023 09:05

KANGAR: Khidmat pakar perubatan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang terkini bagi merawat pesakit secara holistik amat diperlukan di negara ini termasuk di Perlis.

             

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kapasiti penjagaan kesihatan di Perlis juga perlu terus menerus dipertingkatkan agar dapat menampung peningkatan beban pesakit.

 

             

Titah baginda, hal demikian memandangkan penambahan populasi Perlis dan juga jangkaan kemasukan pelancong semasa kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2025 bermula pada tahun hadapan.

 

             

“Kerjasama dengan negara-negara yang mempunyai tahap sistem kesihatan yang berprestasi tinggi perlu dipertingkatkan dalam usaha untuk menambah baik sistem yang sedia ada,” titah baginda.

            

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat merasmikan Malaysian Advanced Acute Internal Medicine and UltraSound Society Acute Medicine Congress ‘First Perlis International Acute Medicine Conference’ di Auditorium Dr. Syed Mahmood, Jabatan Kesihatan negeri di sini semalam.

             

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Ismuni Bohari dan President Malaysian Advanced Acute Internal Medicine And Ultrasound Society (MAAIMUSS), Datuk Seri Prof Dr Paras Doshi.

             

Persidangan ini merupakan inisiatif MAAIMUSS dengan kerjasama College of Physicians Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Jabatan Kesihatan negeri dan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang bertujuan untuk mempertingkatkan taraf rawatan pesakit akut di Malaysia di kalangan doktor berkepakaran Perubatan Dalaman

          

Tujuan lain termasuk menaik taraf kemahiran doktor-doktor di Malaysia menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang sudah terbukti di HTF.

           

Menurut Dr. Paras, selaras dengan misi KKM untuk mencapai lebih daripada dijangka, dengan menggunakan Perubatan Akut, HTF dapat membuktikan pengurangan kemasukan pesakit ke wad sebanyak 20 peratus.

           
 

“Pesakit juga dapat balik lebih awal hampir dua hari lebih cepat berbanding dengan dulu. Ini diikuti dengan penjimatan sebanyak RM12 juta untuk HTF.

            

“Sekarang sistem ini bakal digunakan di hospital-hospital lain bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di arena antarabangsa termasuk Brunei Darussalam dan Sri Lanka,” katanya.

          

Lebih 200 doktor dari sekuruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak serta penceramah terkenal dari Filipina, Sri Lanka dan Singapura turut terlibat dalam kongres selama tiga hari dua malam yang julung-julung kalinya diadakan di Perlis ini.   

  

      

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE