Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPS PERTIMBANG KENAIKAN SUMBANGAN RM200 ELAUN BULANAN BILAL, SIAK DAN PENJAGA MASJID n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPS PERTIMBANG KENAIKAN SUMBANGAN RM200 ELAUN BULANAN BILAL, SIAK DAN PENJAGA MASJID

MAIPS PERTIMBANG KENAIKAN SUMBANGAN RM200 ELAUN BULANAN BILAL, SIAK DAN PENJAGA MASJID

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 18 Disember 2023 22:33

KANGAR, 14 Dis (Bernama) -- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mempertimbangkan tambahan kenaikan sumbangan sebanyak RM200 bagi elaun bulanan bilal, siak dan penjaga kawasan masjid di 101 kariah masjid di seluruh negeri itu.

 

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pendidikan dan Pembangunan Insan Perlis Muhammad Azmir Azizan berkata kerajaan negeri menzahirkan ucapan menjunjung kasih terhadap Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua (YDP) MAIPs yang bersetuju melalui Persidangan Mesyuarat MAIPs, pada 4 Dis lepas untuk mempertimbangkan tambahan elaun tersebut.

 

Muhammad Azmir berkata bagi cadangan berkenaan, komitmen penuh sumbangan MAIPs adalah sebanyak RM3.04 juta setahun.

 

“Alhamdulillah, kadar elaun dan implikasi kewangan bermula Januari 2024 adalah seperti berikut, yang pertama tambahan sumbangan MAIPs bagi elaun bulanan bilal (daripada) RM532.50 kepada elaun penuh sebanyak RM650 sebulan.

 

 “Tambahan sumbangan MAIPs bagi elaun bulanan siak dan penjaga kawasan masjid pula (daripada) RM500 menjadikan jumlah penuh elaun sebanyak RM600 sebulan,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan Perlis 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di Kompleks DUN di sini hari ini.

 

Beliau berkata dengan tambahan sumbangan elaun itu adalah diharapkan prestasi perkhidmatan pegawai masjid itu dapat dipertingkatkan dalam usaha melaksanakan inisiatif yang sedang dan bakal dirancang MAIPs, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti dan agensi berkaitan.

 

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE