Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis seru orang muda masuk Wataniah n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis seru orang muda masuk Wataniah

Raja Muda Perlis seru orang muda masuk Wataniah

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 01 Januari 2024 08:40

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru golongan muda yang sihat tubuh badan dan memenuhi semua keperluan minima akademik serta fizikal untuk mendaftarkan diri sebagai Pegawai atau Anggota Lain-Lain Pangkat Sukarela Askar Wataniah.

 

Baginda bertitah profesion itu terkenal dengan kegagahan, keberanian dan pengorbanan demi kedaulatan negara.

 

"Tunjukkan contoh teladan yang baik dalam menjalankan tanggungjawab kepada negara. Masih banyak cabaran dan pengorbanan perlu dihadapi secara bersama dalam usaha menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang melanda dunia hari ini," titah baginda.

 

Menurut kenyataan daripada pihak baginda, Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika berangkat menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Sukarela Rejimen 504 Askar Wataniah di Wisma Perwira, Markas 30 Briged, Kem 30 Infantri Bukit Cowder, Mata Ayer di Kangar baru-baru ini.

 

Selain itu, Raja Muda Perlis mengajak semua pihak memberikan perhatian serius kepada kestabilan, keamanan dan keselamatan negara supaya rakyat dapat terus hidup aman dan makmur. 

 

Pada majlis pemakaian pangkat itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra mengucapkan tahniah kepada Pegawai Sukarela Askar Wataniah, Kapt Fitri Azhar dan Left Muda Syed Ayman Shahabudin Syed Omar Shahabudin, atas pangkat baharu mereka. 

 

Baginda turut mengucapkan syabas kepada Syed Ayman kerana tercalon mengikuti Kursus Pentauliahan di Royal Military Academy Sandhurst di Camberley, United Kingdom tahun hadapan.

 

   

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE