Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - 15 sukarelawan, MAIPS telibat misi bantuan banjir Pantai Timur n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
15 sukarelawan, MAIPS telibat misi bantuan banjir Pantai Timur

15 sukarelawan, MAIPS telibat misi bantuan banjir Pantai Timur

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 01 Januari 2024 08:57

RANTAU PANJANG, 24 Disember- Kira-kira 15 sukarelawan daripada Pertubuhan Amal Insan Prihatin Perlis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) digerakkan untuk membantu penduduk terjejas banjir di Kelantan dan Terengganu.

 

Misi bantuan itu di Kelantan akan tertumpu di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Machang sementara itu di Terengganu melibatkan Hulu Terengganu dan Kuala Berang bermula semalam hingga 26 Disember ini.

 

Menurut Pengerusi Pertubuhan Amal Insan Prihatin Perlis Reswan Ramli, "misi siri pertama ini dianjurkan Pertubuhan Amal Insan Prihatin Perlis dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)."

 

Barangan bantuan dibawa menggunakan sebuah lori, empat buah kenderaan 4x4 dan sebuah van.

 

"Antara barangan yang akan disumbangkan ialah hamper makanan asas, toto, selimut dan tikar untuk diagihkan kepada 300 keluarga terjejas banjir di Kelantan dan 200 keluarga di Terengganu," katanya.

 

Banjir di Kelantan dan Terengganu ketika ini menyebabkan ribuan penduduk terjejas selain menyebabkan banyak kerosakan harta benda, rumah kediaman dan kemudahan awam.

 

Misi bantuan banjir itu mendapat perkenan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang Dipertua MAIPs.

 

   

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE