Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda hargai penyumbang zakat melalui MAIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
 Tuanku Syed Faizuddin Putra sambil disaksikan Syed Sirajuddin Areeb Putra (kiri) semasa berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf di Masjid Al-A'la, Behor Temak, Kangar baru-baru ini. Tuanku Syed Faizuddin Putra sambil disaksikan Syed Sirajuddin Areeb Putra (kiri) semasa berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf di Masjid Al-A'la, Behor Temak, Kangar baru-baru ini.

Raja Muda hargai penyumbang zakat melalui MAIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 01 Januari 2024 09:08

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas budi baik dan murah hati para penyumbang zakat melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

    

Dalam masa sama, Baginda memperingatkan mereka yang masih belum menunaikan kewajipan berzakat agar dapat berbuat demikian bagi menggunakan kesempatan di akhir tahun ini.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra sambil disaksikan Syed Sirajuddin Areeb Putra (kiri) berkenan berbual dengan salah seorang penerima sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf di Masjid Al-A’la, Behor Temak, Kangar baru-baru ini.

 

 

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Yang DiPertua di majlis penyampaian sumbangan zakat MAIPs kepada 140 asnaf terpilih yang di Masjid Al-A’la, Behor Temak, Kangar baru-baru ini.

 

Berangkat sama ialah anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

 

   

Tuanku Syed Faizuddin Putra sambil disaksikan Syed Sirajuddin Areeb Putra (kanan) semasa berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf di Masjid Al-A’la, Behor Temak, Kangar baru-baru ini.

 

 

70 daripada yang menerima sumbangan ialah dari Kariah Padang Melangit dan 70 lagi dari Kariah Alwi, Kangar.

 

 

Masing-masing menerima RM700 setiap seorang daripada MAIPs dan jumlah penuh diagihkan pada kali ini ialah RM98,000. 

 

   

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE