Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda zahirkan kebanggaan anak yatim piatu cemerlang SPM n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
 Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual dengan nenek dan adik lelaki yang mewakili Nur Hidayyatul Akkma semasa menerima Anugerah Ikon Didik Asnaf MAIPs 2023 di Masjid Putra, Simpang Empat, Perlis baru-baru ini. - Gambar Ihsan MAIPs Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual dengan nenek dan adik lelaki yang mewakili Nur Hidayyatul Akkma semasa menerima Anugerah Ikon Didik Asnaf MAIPs 2023 di Masjid Putra, Simpang Empat, Perlis baru-baru ini. - Gambar Ihsan MAIPs

Raja Muda zahirkan kebanggaan anak yatim piatu cemerlang SPM

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 01 Januari 2024 09:12

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan kebanggaan dengan kejayaan seorang anak yatim piatu, Nur Hidayyatul Akkma Mohd Khairi, 18, yang berjaya memperoleh 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Berikutan itu Baginda berkenan mengurniakan Anugerah Ikon Didik Asnaf MAIPs 2023 kepada Nur Hidayyatul Akkma dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Perempuan Alawiyah, Kangar di Masjid Putra, Simpang Empat, Perlis baru-baru ini.

 

 

  

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs di Masjid Putra, Simpang Empat, Perlis baru-baru ini.

 

   

Pelajar ini menerima RM1,000 serta cenderamata daripada pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah diwakili oleh nenek dan adik lelakinya kerana beliau kini sedang melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Perlis.

 

Nur Hidayyatul Akkma yang tinggal bersama neneknya Doyah Bakar, 73, juga asnaf yang menerima bantuan daripada MAIPs ini bercita-cita untuk menjadi seorang guru bagi mengubah nasib diri dan keluarganya kelak.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs di Masjid Putra, Simpang Empat, Perlis baru-baru ini.

 

 

“Ketabahan beliau yang terpaksa mengharungi hidup sebagai seorang anak yatim piatu yang kehilangan kasih sayang seorang ibu dan juga ayah serta kesusahan hidup yang dialaminya menjadi inspirasi kepada ramai orang lain di luar sana terutamanya kepada anak-anak daripada golongan asnaf dan anak yatim seperti beliau untuk sama-sama menempa kejayaan seterusnya mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik,” titah Baginda.

 

Dalam majlis tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menyampaikan sumbangan kepada asnaf terpilih seramai 70 orang dari Kariah Pauh Sanglang dan 70 lagi penerima dari Kariah Permatang Bongor.

 

Masing-masing menerima sumbangan RM700 di mana menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM98,000 telah diagihkan oleh MAIPs pada kali ini.

 

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah kepada para asnaf sempena majlis sumbangan zakat MAIPs di Masjid Putra, Simpang Empat, Perlis baru-baru ini.

 

 

Keberangkatan tiba baginda diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra semasa bertitah juga mengingatkan kepada semua agar menggunakan kesempatan di akhir tahun ini untuk menunaikan kewajipan berzakat yang telah difardukan.

 

“Setiap sumbangan zakat yang dilaksanakan melalui MAIPs mendapat pelepasan atau dikecualikan kadar tersebut dari membayar cukai pendapatan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967,” titah Baginda.

 

    

Sumber: Saura Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE