Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis alu-alukan kehadiran warga Malaysia dari luar negara untuk bercuti n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (empat dari kiri) merakamkan gambar bersama sewaktu berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Doha, Qatar baru-baru ini.-UTUSAN TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (empat dari kiri) merakamkan gambar bersama sewaktu berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Doha, Qatar baru-baru ini.-UTUSAN

Perlis alu-alukan kehadiran warga Malaysia dari luar negara untuk bercuti

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 01 Januari 2024 09:28

KANGAR: Warga Malaysia di luar negara yang ingin pulang bercuti ke tanah air dialu-alukan bertandang ke negeri ini bagi meluangkan masa bersama ahli keluarga masing-masing khususnya bersempena Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024/2025.

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, negeri ini menyajikan suasana yang tenang, damai dan menawan sehingga turut menjadi tumpuan warga kota untuk bercuti sejak kebelakangan ini.

Titah baginda, cuti persekolahan pada akhir tahun ini sekali lagi membuktikan bahawa Perlis menawarkan beberapa ciri tarikan pengunjung termasuklah kos penginapan, makanan dan bayaran masuk ke lokasi-lokasi percutian yang berpatutan.

 

“Makanan unik, sedap dan harga murah turut menjadi faktor penarik yang memberi kepuasan kepada pengunjung untuk berbelanja dan datang lagi berulang kali ke Perlis setakat ini,” titah baginda sewaktu berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Doha, Qatar baru-baru ini.

 

Berangkat sama mengiringi baginda adalah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanada-anakanda baginda berdua iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

 

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Duta Besar TYT Zamshari Shaharan dan isteri, Fazlinda Fudzil serta Kaunselor merangkap Ketua Canseri di Pejabat Perwakilan Malaysia di Doha, Maryam Masyitah Ahmad Termizi.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, baginda juga sering mendapat maklum balas positif daripada kenalannya berhubung sifat peramah dan mesra rakyat Perlis dalam menyantuni pengunjung luar.

Baginda berharap agar aspek itu dapat dikekalkan selain beberapa perkara seperti kebersihan dan keceriaan dapat ditambah baik secara umum.

 

“Kemajuan pengangkutan awam seperti perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan juga komuter turut menjadi pilihan baru pelancong untuk ke Perlis dan turun di Stesen Bandar Diraja Arau atau Padang Besar selain melalui jalan raya,”titah baginda.

 

Sementara itu, Zamshari berkata, Malaysia dan Qatar mempunyai kerjasama ekonomi yang erat malah banyak peluang telah diterokai dan hasilnya dapat dilihat dengan peningkatan dagangan dua hala ke tahap tertinggi pernah direkodkan iaitu USD 1 bilion pada tahun lalu.

 

Katanya, eksport Malaysia ke Qatar didominasi oleh produk seperti petroleum, minyak sawit, barangan elektrik dan elektronik.

“Manakala Malaysia pula mengimport barangan seperti produk kimia, besi dan bahan petroleum tersejat daripada Qatar,” katanya sewaktu menyembah maklum maklumat berkenaan kepada baginda. 

 

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE