Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Usahawan kraf hasilkan produk identiti Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Tuanku Syed Faizuddin (tiga dari kiri) dan Tuanku Lailatul Shahreen (empat dari kiri) menunjukkan motif batik inspirasi pokok harumanis di Kompleks Kraftangan Malaysia cawangan Perlis, hari ini. Tuanku Syed Faizuddin (tiga dari kiri) dan Tuanku Lailatul Shahreen (empat dari kiri) menunjukkan motif batik inspirasi pokok harumanis di Kompleks Kraftangan Malaysia cawangan Perlis, hari ini.

Usahawan kraf hasilkan produk identiti Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 23 Januari 2024 08:05

KANGAR – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) melancarkan pelbagai produk kraf berasaskan motif pokok harumanis dan pokok jati yang sinonim dengan negeri itu.

 

Ketua Pengarahnya, ‘Ainu Sham Ramli berkata, antara produk dihasilkan oleh usahawan-usahawan kraf di negeri itu adalah seperti kraf tekstil, hasil rimba, logam dan tanah.

“Selain menggunakan motif inspirasi harumanis dan pokok jati, produk kraf yang dihasilkan juga turut mengetengahkan skema warna bendera di negeri Perlis iaitu kuning dan biru.

 

“Dengan adanya pelancaran produk kraf beridentitikan negeri Perlis, kita berharap para pelancong yang bercuti di sini boleh mendapatkan kraftangan dan cenderamata di Kompleks Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

 

Terdahulu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenaan menyempurnakan pelancaran Produk Kraf Identiti Negeri Perlis.

 

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, pelancaran tersebut turut membantu merancakkan Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024/2025.

 

“Antara produk yang menarik perhatian adalah baju batik bermotifkan pokok harumanis dengan warna bendera negeri iaitu kuning dan biru.

 

“Kerajaan negeri juga akan membantu mempromosikan produk kraf yang dihasilkan dan akan menempah baju batik berkenaan untuk kegunaan wakil-wakil rakyat dan juga ketua-ketua jabatan kerajaan,” ujarnya.

 

Tambahnya, beliau juga akan berbincang dengan Kraftangan Malaysia mengenai langkah terbaik mempromosikan produk kraf di kawasan tumpuan pelancong seperti di Padang Besar. 

 

 

Sumber: Kosmo Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE