Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis terima mengadap delegasi pengurusan MBSB Bank n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis terima mengadap delegasi pengurusan MBSB Bank

Raja Muda Perlis terima mengadap delegasi pengurusan MBSB Bank

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 23 Februari 2024 09:15

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menerima sembah mengadap oleh delegasi pengurusan dari MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) di Galeri DiRaja Arau baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbincang dengan delegasi pengurusan MBSB Bank di Galeri DiRaja Arau baru-baru ini.

 

 

Delegasi dari MBSB Bank tersebut diketuai oleh Penolong Naib Presiden Jualan Digital Bahagian Perniagaan Digitalnya, Normushamsahuda Salleh.

 

Turut serta ialah Penolong Naib Presiden Liputan Pelanggan Jabatan Deposit Pengguna Bahagian Perbankan Pengguna, Datuk Saiful Amri Ab Manaf dan Ketua Deposit Pengguna, Mohd Azahari Tan Sri Hassan Azahari.

 

Hadir sama ialah rakan strategik MBSB Bank iaitu Paynet Networks Malaysia Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengarah Institusi Kewangan (Komersial), Rahizan Ramatullah.

Pihak MBSB Bank menyembah maklumkan perancangan mereka bagi negeri Perlis dan berhasrat untuk bekerjasama dengan pelbagai organisasi khususnya institusi-institusi pengajian tinggi yang ada dan juga Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual dengan delegasi pengurusan MBSB Bank di Galeri DiRaja Arau baru-baru ini.

 

 

Pada masa yang sama pihak Bank MBSB terus berhasrat untuk menjadi penaja utama kepada pertandingan golf ‘Perlis Open 2024’ yang akan dituanrumahkan oleh Kelab Golf Putra (KGP) Perlis.

 

Turut hadir ke sesi mengadap tersebut adalah Kapten KGP Perlis, Datuk Hamdan Bahari dan Setiausahanya, Hamidon Abd Hamid.

 

Kelab Golf Putra Perlis baru-baru ini telah menganjurkan Kejohanan Golf Piala Tuanku Presiden yang berlangsung di Sungai Batu Pahat dalam usaha merancakkan kempen Tahun Melat Perlis (TMPs) 2024-2025.

 

Beberapa kejohanan lain juga bakal berlangsung termasuklah ‘Balik Kampung sempena Aidilfitri’, ‘Royal Perlis Celebration Golf 2024’ dan lain-lain lagi.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima sembah mengadap delegasi pengurusan MBSB Bank di Galeri DiRaja Arau baru-baru ini.

 

 

Orang ramai di Perlis yang berhasrat untuk menjadi ahli Kelab Golf Putra dialu-alukan untuk hadir mendaftarkan diri sebagai ahli di rumah kelab di Sungai Batu Pahat. 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE