Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Dan Raja Puan Muda Perlis Berangkat Ke Hari Kraf Kebangsaan 2024 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Dan Raja Puan Muda Perlis Berangkat Ke Hari Kraf Kebangsaan 2024

Raja Muda Perlis Dan Raja Puan Muda Perlis Berangkat Ke Hari Kraf Kebangsaan 2024

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 26 Februari 2024 09:06

KUALA LUMPUR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat mengadakan kunjungan ke Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2024 yang sedang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur di Jalan Conlay dari 21 Februari sehingga 4 Mac depan bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

 

Keberangkatan tiba baginda berdua diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Roslan Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Datuk ‘Ainu Sham Ramli.

HKK 2024 merupakan penganjuran kali ke-21 dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia).

Hari Kraf Kebangsaan pada tahun ini diadakan bertujuan bagi memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan usahawan serta penggiat kraf kepada pembangunan industri kraf negara dengan melibatkan penyertaan seramai 640 orang usahawan kraf daripada bidang kraf tekstil, hasil logam, hasil rimba, hasil tanah dan aneka kraf.

Berkonsepkan ‘Kraf Identiti Malaysia’, memaparkan elemen keunikan dan keaslian produk kraf Malaysia yang baharu menerusi reka bentuk produk daripada elemen kebudayaan masyarakat tempatan.

Kelainan penganjuran pada kali ini turut menampilkan demonstrasi Kraf Antarabangsa dengan mengadakan aktiviti bersama juru demo antarabangsa dari empat buah negara iaitu Republik Rakyat China ‘Anyaman Buluh, Seramik dan Jewellery’, Uzbekistan ‘Copper Tooling’ dan Seni Hiasan Seramik’, India dengan ‘Sulaman Zari/ Zardosi’ serta ‘Thai Silk’ dari Thailand.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan merasmikan Hari Kraf Kebangsaan 2024 jam 10 pagi esok.

 

Sumber daripada Berita TV3 Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE