Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - DBP Rancang Pelbagai Program Di Perlis 2024 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
DBP Rancang Pelbagai Program Di Perlis 2024

DBP Rancang Pelbagai Program Di Perlis 2024

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 26 Februari 2024 09:14

DEWAN Bahasa Dan Pustaka (DBP) merancang untuk melaksanakan pelbagai program di Perlis di sepanjang tahun ini.

 

Antara program yang dilaksanakan termasuk Seminar Institusi Raja (SIRaj), Seminar Teknikal Bahasa Melayu, Program Apresiasi Bahasa dan Sastera Sempena Sambutan Hari Antidadah, Pemantapan Pedagogi Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) serta Semarak Bahasa Masyarakat Siam.

Perkara ini telah dipersembahmaklumkan oleh Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr. Hazami Jahari kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena majlis mengadap di ibu negara semalam.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Pustaka, Mohd. Salahuddin Datuk Paduka Mohamed dan Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Roziah Md Yunus.

DBP melaksanakan pelbagai program kerjasama dengan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dari masa kesemasa di dalam dan juga luar negara.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE