Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis Lawat Hari Kraf Kebangsaan 2024 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis Lawat Hari Kraf Kebangsaan 2024

Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis Lawat Hari Kraf Kebangsaan 2024

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 26 Februari 2024 09:20

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat ke Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2024 di Kompleks Kraf di Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

 

HKK ini diadakan dari 21 Februari hingga 4 Mac depan mulai pukul 8 pagi hingga 10 malam.

Keberangkatan tiba Baginda berdua diiringi sama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya( MOTAC), Datuk Roslan Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Datuk ‘Ainu Sham Ramli.

HKK 2024 merupakan penganjuran kali ke-21 oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia).

Hari Kraf Kebangsaan pada tahun ini diadakan bertujuan bagi memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan para usahawan serta penggiat kraf kepada pembangunan industri kraf negara.

Ia melibatkan penyertaan 640 usahawan kraf daripada bidang kraf tekstil, hasil logam, hasil rimba, hasil tanah dan aneka kraf.

Berkonsepkan ‘Kraf Identiti Malaysia’, memaparkan elemen keunikan dan keaslian produk kraf Malaysia yang baharu menerusi reka bentuk produk daripada elemen kebudayaan masyarakat tempatan.

Kelainan penganjuran pada kali ini ia turut menampilkan Demonstrasi Kraf Antarabangsa dengan mengadakan aktiviti bersama juru demo antarabangsa dari empat negara iaitu Republik Rakyat China ‘Anyaman Buluh, Seramik dan Jewellery’, Uzbekistan ‘Copper Tooling’ dan Seni Hiasan Seramik’, India dengan ‘Sulaman Zari/ Zardosi’ serta ‘Thai Silk’ dari Thailand.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE