Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UDA SANTUNI KOMUNITI KG WARNA-WARNI SEBERANG RAMAI MENERUSI KAYUHAN BERSAMA RAJA MUDA PERLIS n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
UDA SANTUNI KOMUNITI KG WARNA-WARNI SEBERANG RAMAI MENERUSI KAYUHAN BERSAMA RAJA MUDA PERLIS

UDA SANTUNI KOMUNITI KG WARNA-WARNI SEBERANG RAMAI MENERUSI KAYUHAN BERSAMA RAJA MUDA PERLIS

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 27 Februari 2024 11:57

KUALA PERLIS, 24 Feb (Bernama) - UDA Holdings Berhad (UDA) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyantuni komuniti Kampung Warna-Warni Seberang Ramai di sini menerusi penganjuran program 'Kayuhan UDA Cares Bersama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail' hari ini.

 

UDA dalam kenyataan memaklumkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu merupakan usaha sama UDA dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) dan sebahagian daripada pengisian Karnival Usahawan dan Jualan Mega MADANI yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam di Pasar Tani Kekal Simpang Empat dekat Arau.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan penyerahan sumbangan zakat UDA berjumlah RM10,000 kepada Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Seberang Ramai di sini manakala MAIPs pula memberikan zakat menerusi Sumbangan MAIPS Peduli kepada 140 asnaf kampung itu yang mereka masing-masing menerima wang tunai RM700 seorang sempena kayuhan itu.

"Selain itu, UDA dan MAIPs turut menyampaikan sumbangan zakat tambahan kepada tiga lagi asnaf sewaktu melewati kampung itu iaitu setiap keluarga menerima RM1,000 daripada UDA dan RM700 berserta barang keperluan daripada MAIPs," menurut kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan program kayuhan yang menelusuri ke Kampung Warna-Warni Seberang Ramai itu bermula dari Dataran Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan berakhir di Dataran Semarak di sini dan Ketua Setiausaha KUSKOP Datuk Seri Suriani Datuk Ahmad, pengurusan kanan UDA, wakil MAIPs, delegasi KUSKOP dan Team Tayar Golek (TTG) turut mengiringi Raja Muda Perlis dalam kayuhan itu.

"Baginda (Raja Muda Perlis) turut berkenan mencemar duli merasmikan 'Lorong UDA' iaitu UDA akan menyalurkan bantuan bertujuan menambah baik dan mencantikkan kawasan tersebut," menurut kenyataan berkenaan.

Usaha UDA mendekati komuniti setempat itu sejajar dengan penjenamaan UDA iaitu LIFE yang merupakan akronim bagi "Legasi", "Integrasi", "Ketelitian" dan "Memperkasa" yang diterapkan dalam setiap rangkaian perniagaan UDA.

"Ia juga bertepatan dengan matlamat ke arah kelestarian UDA yang turut memfokuskan kepada langkah positif untuk menggalakkan kecergasan dan kesihatan seterusnya meningkatkan kesejahteraan masyarakat," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) turut menyerahkan sijil pendaftaran koperasi kepada Koperasi Kariah Masjid Abu Bakar As-Siddiq Seberang Ramai Kuala Perlis Berhad yang ditubuhkan pada 15 Feb lepas sempena kayuhan itu.

"Koperasi ini ditubuhkan bertujuan membangunkan ekonomi umat Islam setempat menerusi aktiviti perniagaan di dalam kawasan masjid seperti jualan runcit dan sewaan tempat letak kereta," kata kenyataan itu.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UDA Datuk Sr Mohd Salem Kailany berkata aktiviti riadah berbasikal telah menjadi rutin dalam kalangan masyarakat kerana ia memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan selain boleh dilakukan seisi keluarga.

"Program yang julung kali diadakan ini merupakan langkah proaktif UDA bersama-sama MAIPS untuk menyantuni komuniti setempat selain mempromosikan gaya hidup sihat.

"Semoga sumbangan zakat daripada UDA dan MAIPS yang diagihkan kepada penduduk di Kampung Warna-Warni Seberang Ramai ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi umat Islam setempat," katanya dalam kenyataan itu.

-- BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE