Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Syor Perlis tuan rumah rai sambutan Jubli Intan MAYC n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
 Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan barisan kepimpinan MAYC selepas majlis sembah mengadap di Galeri Diraja Arau. Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan barisan kepimpinan MAYC selepas majlis sembah mengadap di Galeri Diraja Arau.

Syor Perlis tuan rumah rai sambutan Jubli Intan MAYC

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 01 Mac 2024 14:58
Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbincang ketika menerima sembah mengadap barisan kepimpinan MAYC di Galeri Diraja Arau.

 

 

PERSATUAN Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) bercadang memilih Perlis sebagai tuan rumah bagi meraikan sambutan Jubli Intan MAYC bagi Zon Utara sempena 70 tahun penubuhannnya.

Sambutan ini akan turut dilaksanakan pada peringkat zon selatan, timur dan tengah. Zon utara melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan juga Perak.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah ketika menerima sembah mengadap barisan kepimpinan MAYC di Galeri Diraja Arau.

 

 

Kini sebanyak 546 kelab gabungan yang berdaftar di bawah MAYC di 102 kawasan yang melibatkan 12 negeri di Semenanjung Malaysia.

 

Hasrat tersebut dipersembah maklumkan oleh Presiden MAYC Kebangsaan, Mohd Al-Hafizi Abu Bakar kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu majlis sembah mengadap di Galeri DiRaja Arau.

Turut hadir adalah Timbalan MAYC Kebangsaan, Mohamad Shafizal Mohamad Safee dan Bendahari MAYC Kebangsaan, Noor Hairi Noor Mohammed.

 

Selepas majlis tersebut Raja Muda bertitah, adalah menjadi kewajipan setiap warganegara untuk memberikan khidmat dalam membangun negeri dan juga negara bangsa.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima sembah mengadap barisan kepimpinan MAYC di Galeri Diraja Arau.

 

 

“Membangun negara bangsa ini memerlukan penglibatan maksimum oleh semua peringkat masyarakat termasuklah golongan belia yang bakal mewarisi masa depan negara,” titah Baginda.

 

Untuk rekod, MAYC atau dalam Bahasa Inggerisnya ‘Malaysian Association Of Youth Clubs’ ditubuhkan pada tahun 1954 dan pada peringkat awal penubuhannya dinamakan sebagai Persatuan Pemuda Pemudi Malaya

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE