Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja, Raja Perempuan Perlis terima kunjungan Raja Permaisuri Agong n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
 Tuanku Syed Sirajuddin dan Tuanku Tengku Fauziah menerima kunjungan Raja Zarith Sofiah di Kangar. - Gambar Ihsan Istana Arau Tuanku Syed Sirajuddin dan Tuanku Tengku Fauziah menerima kunjungan Raja Zarith Sofiah di Kangar. - Gambar Ihsan Istana Arau

Raja, Raja Perempuan Perlis terima kunjungan Raja Permaisuri Agong

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 04 Mac 2024 17:02
Tuanku Tengku Fauziah yang berkenan menghantar Raja Zarith Sofiah ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar sama-sama berdoa sebelum berangkat pulang. Gambar Ihsan Istana Arau

 

 

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan menerima kunjungan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah di Kangar, petang semalam.

Raja Permaisuri Agong diiringi Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

 

Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

 

Demikian menurut kenyataan media Istana Arau hari ini.

 

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang hadir semasa Raja dan Raja Perempuan Perlis menerima kunjungan Raja Zarith Sofiah di Kangar. – Gambar Ihsan Istana Arau

 

 

Keberangkatan Raja Permaisuri Agong ke Perlis bagi menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Hari Peringatan Sedunia 2024 Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Dewan 2020, Kangar.

 

Raja Perempuan Perlis dan Raja Puan Muda Perlis kemudiannya berkenan berangkat ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar bagi mengucapkan selamat berangkat pulang kepada Raja Permaisuri Agong. 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE