Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UniMAP Wajar Tingkatkan Lagi Kolaborasi Bersama Agensi Kerajaan Dan Swasta n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
UniMAP Wajar Tingkatkan Lagi Kolaborasi Bersama Agensi Kerajaan Dan Swasta

UniMAP Wajar Tingkatkan Lagi Kolaborasi Bersama Agensi Kerajaan Dan Swasta

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 07 Mac 2024 15:33

ARAU, 6 Mac (Bernama) - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) wajar meningkatkan lagi kolaborasi bersama agensi kerajaan dan swasta bagi mengenal pasti permasalahan atau keperluan sektor dalam negara terutamanya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

 

Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah dari permasalahan itu, UniMAP harus mencari penyelesaian yang bukan hanya menjadi solusi pada ketika itu sahaja, tetapi mencakupi untuk jangka masa lebih panjang.

"Ia boleh dilaksanakan melalui sistem pengajaran yang mengadaptasi dan menyepadukan kecerdikan teknologi, penyelidikan termaju, kandungan silibus kurikulum dan pendekatan pembelajaran juga, mesti bersifat 'berasaskan masa depan' dan mengandungi 'unsur-unsur smart-sharp skills'.

"Kemudian memanjangkan penyelesaian itu melalui pelajar yang akan menjadi tenaga kerja mahir yang relevan, berkualiti tinggi dan memenuhi pasaran pekerjaan," titah baginda semasa berkenan bertitah pada Majlis Penyampaian Anugerah Seri Gemilang UniMAP 2023 di Dewan Ilmu, Kampus Alam, UniMAP Pauh Putra di sini hari ini.

Turut berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor UniMAP.

Turut sama pada majlis itu Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Zaliman Sauli.

Sementara itu Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah warga UniMAP harus lebih proaktif dan efisien dalam melaksanakan tugasan dengan manfaatkan masa kerja semaksimum mungkin untuk menyelesaikan tugasan dan memperuntukkan masa rehat dengan sebaik-baiknya pada

masa sama.

Pada majlis itu 235 penerima Anugerah Seri Gemilang UniMAP menerima anugerah masing- masing iaitu 73 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Lama, Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang (26 penerima) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (136 penerima).

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Perkhidmatan Lama kepada 38 penerima pada majlis itu.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE