Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Media Malaysia, Thai Perlu Berperanan Tingkat Ekonomi Dua Negara: Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Media Malaysia, Thai Perlu Berperanan Tingkat Ekonomi Dua Negara: Raja Muda Perlis

Media Malaysia, Thai Perlu Berperanan Tingkat Ekonomi Dua Negara: Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 07 Mac 2024 15:40

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalillail berharap agensi media utama Thailand dan Malaysia mengeratkan lagi bekerjasama dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara ini demi kepentingan bersama, terutama dalam sektor keselamatan, ekonomi dan pelancongan.

 

Menurut baginda, media sewajarnya memainkan peranan dalam memperhebatkan lagi silaturahim di antara sesebuah kerajaan dengan kerajaan (G2G), ’business-to-business’ (B2B) dan juga ’people-to-people (P2P) khususnya seperti Thailand dan Malaysia.

“Pengamal media sepatutnya melaporkan perkara-perkara yang positif, membina dan mampu memperkukuhkan lagi hubungan dua hala negara,” kata baginda ketika merasmikan Hari Media dan Pelancongan Malaysia – Selatan Thai 2024 di Hotel Yannati, Hatyai, Songkhla, malam tadi (6 Mac 2024).

Hadir sama isteri baginda, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli; Gabenor Wilayah Pattani, Pateemoh Sadeeyamu; Gabenor Wilayah Narathiwat, Sanan Pongaksorn; dan Presiden Kesatuan Wartawan Selatan Thai, Chaiyong Maneerungskul.

Tuanku Syed Faizuddin juga meminta media kedua-dua negara menyemai rasa hormat antara satu sama lain, saling memahami dan bertolak ansur serta mengamalkan semangat kekitaan, bantu membantu menerusi karya penulisan masing-masing.

“Meskipun berbeza bahasa, namun ia bukanlah penghalang. Pertingkatkan perkongsian berita dan maklumat bermanfaat kepada kedua-dua pihak dengan pantas, sahih dan tepat menerusi saluran media massa, digital ataupun media sosial.

“Menyentuh mengenai pelancongan secara khususnya, media perlu memainkan peranan dalam mempromosi dan melaporkan sebarang aktiviti menarik yang berlaku serta keunikan atau keindahan destinasi pelancongan menarik secara terbaik dan menyeluruh untuk membantu memperkenalkannya,” kata baginda.

Raja Muda Perlis juga meminta semua pihak meuar-uarkan kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 dengan mempromosikan pusat-pusat pelancongan, acara[1]acara yang diadakan, lokasi-lokasi yang menarik serta juga juadah istimewa yang ditawarkan oleh negeri kami.

“Media juga harus mengangkat pelancongan Perlis sebagai pelancongan mesra Muslim dan tiada jurang besar mengenai bahasa memandangkan ada rakyat Perlis yang boleh berbahasa Thai. Apatah lagi dalam situasi semasa pertukaran mata wang yang memihak kepada Thai Baht.

“Semoga, apabila lebih banyak pengunjung daripada Thailand bertandang ke Perlis, mungkin masa penutupan sempadan di Padang Besar akan dilewatkan dari 10 malam ke 12 tengah malam waktu Malaysia, pintu masuk Kuala-Perlis akan dibuka semula serta ’free-flow’ di Wang Kelian dibenarkan kembali,” kata baginda.

Baginda juga berharap agar hubungan baik antara Thailand dan Malaysia yang telah terjalin sekian lama ini akan berkekalan dan dengan bantuan pihak media lebih banyak lagi kolaborasi pada masa akan datang khususnya dalam sektor ekonomi dan pelancongan antara Wilayah Selatan Thailand dan Negeri Perlis.

“Mungkin ke hadapan program sebegini juga boleh dianjurkan dengan penglibatan sama oleh rakan media dari Indonesia selaras dengan inisiatif Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) yang pernah dilaksanakan di Perlis beberapa tahun yang lalu.” kata baginda.

Sumber daripada apakhabartv.com

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE