Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - PERLIS CAPAI AGENDA SIFAR PREMIS JUDI - ASRUL n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
PERLIS CAPAI AGENDA SIFAR PREMIS JUDI - ASRUL

PERLIS CAPAI AGENDA SIFAR PREMIS JUDI - ASRUL

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 11 Mac 2024 08:12

KANGAR, 9 Mac (Bernama) -- Kerajaan Perlis berjaya merealisasikan agenda sifar premis judi setelah penutupan premis judi terakhir di negeri itu, pada Rabu lepas (6 Mac).

 

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Perlis Asrul Aimran Abd Jalil berkata sebelum ini terdapat enam premis judi dengan empat daripadanya telah pun ditutup pada tahun lepas manakala premis kelima ditutup pada 31 Jan.

 

Beliau berkata kerajaan negeri menyedari aktiviti perjudian membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan sekali gus keputusan menghentikan lesen premis judi adalah demi memastikan rakyat pelbagai agama dan kaum di Perlis dapat hidup dengan selamat dan sejahtera.

 

"Alhamdulillah, melalui usaha kecil ini, kerajaan negeri berharap agar Perlis terus mendapat limpahan barakah dan rezeki daripada Allah SWT yang akan membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan media yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini.

 

Sementara itu, mengenai aktiviti perjudian haram, Asrul Aimran berkata kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dan agensi yang bertanggungjawab manakala rakyat turut diajak berganding bahu membantu menyampaikan maklumat supaya isu itu dapat ditangani secara holistik dan berkesan.

 

 

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE