Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis tiba di Tawau ketuai Eks PerBah n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
 Tuanku Syed Faizuddin Putra yang mengetuai delegasi Eks Perbah selamat tiba di Tawau, Sabah Tuanku Syed Faizuddin Putra yang mengetuai delegasi Eks Perbah selamat tiba di Tawau, Sabah

Raja Muda Perlis tiba di Tawau ketuai Eks PerBah

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 15 Mac 2024 10:15
Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertemu dengan Mohd Shoffian Mohd Said, Liew Yun Fah dan beberapa pegawai lagi yang menyambut Baginda sebaik tiba di Tawau, Sabah.

 

 

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selamat berangkat tiba di Lapangan Terbang Tawau, Sabah bagi mengetuai Lawatan Kerajaan Perlis ke Sabah (Eks PerBah), petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Mohd Shoffian Mohd Said dan mantan Komander Rejimen 516 Askar Wataniah, Tan Sri Liew Yun Fah.

 

Baginda diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar, Pegawai Kewangan Negeri, Zepri Saad serta Exco Kerajaan Negeri, Asrul Aimran Abd Jalil dan Razali Saad.

 

Turut serta ialah Hakim Mahkamah Tinggi Kangar, Dr Arik Sanusi Yeop Johari dan Mufti Perlis, Prof Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama delegasi Eks Perbah mengaminkan doa yang dibacakan sebaik selamat tiba di Tawau, Sabah

 

 

Program lawatan tahunan ketika ini bertujuan untuk memberikan sokongan institusi raja serta negeri Perlis bagi menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadan untuk meningkatkan moral dan semangat pasukan keselamatan yang melaksanakan tugas masing-masing di perbatasan.

 

Hubungan Kerajaan Perlis dengan Kerajaan Sabah sentiasa dapat dieratkan dalam menyokong usaha jiwa murni dan titian kasih khususnya terhadap penduduk Sabah yang berada di kawasan gerakan pasukan keselamatan.

 

Pelaksanaan program ini saban tahun juga secara tidak langsung dapat memberi pendedahan pelaksanaan serta cabaran tugas gerakan pasukan keselamatan di sempadan perairan negara kepada Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi serta pihak swasta yang menyertai lawatan ini.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang mengetuai delegasi Eks Perbah disambut meriah sebaik selamat tiba di Tawau, Sabah

 

 

Delegasi dari Perlis juga akan melaksanakan tugas-tugas amal bersama rakyat Sabah melalui beberapa program Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) di beberapa lokasi terpilih.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE