Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Eks PerBah: Majlis Berbuka Puasa akhiri Program Mini Titian Kasih n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Eks PerBah: Majlis Berbuka Puasa akhiri Program Mini Titian Kasih

Eks PerBah: Majlis Berbuka Puasa akhiri Program Mini Titian Kasih

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 21 Mac 2024 08:41
Guru dan pelajar berswafoto pada Program Mini Titian Kasih serta Majlis Berbuka Puasa bersama para pelajar dan guru-guru sekolab sekitar Tawau.

 

 

LAWATAN Kerajaan Negeri Perlis ke Sabah (Eks PerBah) 2024 yang diketuai oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail baru-baru ini melabuhkan tirai aktiviti yang padat dengan penganjuran Program Mini Titian Kasih serta Majlis Berbuka Puasa bersama para pelajar dan guru-guru di lapan buah asrama sekolah menengah di sekitar Tawau anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

 

Menurut Ketua Pegawai Penyelaras Program YTSP Perlis, Mejar Muhamad Azuan Mohamad Nasir, program ini diadakan bukan sahaja untuk bersama-sama berbuka puasa malahan ia merupakan satu wadah di mana delegasi dari Perlis telah dipecahkan kepada lapan buah kumpulan untuk ke Sekolah Menengah Kebangsqan (SMK) Kuhara, SMK Kinabutan, SMK Kinabutan II, SMK Balung, SMK Umas-Umas, SMK Merotai Besar, SM Islamiah dan Kolej Vokasional Tawau.

 

Lawatan Kerajaan Negeri Perlis ke Sabah (Eks PerBah) 2024 yang diketuai oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail baru-baru ini melabuhkan tirai aktiviti yang padat dengan penganjuran Program Mini Titian Kasih serta Majlis Berbuka Puasa bersama para pelajar dan guru-guru di lapan buah asrama sekolah menengah di sekitar Tawau anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

 

Menurut Ketua Pegawai Penyelaras Program YTSP Perlis ini iaitu Mejar Muhamad Azuan Mohamad Nasir, ‘Program ini diadakan bukan sahaja untuk bersama-sama berbuka puasa malahan ia merupakan satu wadah di mana delegasi dari Perlis telah dipecahkan kepada lapan buah kumpulan untuk ke SMK Kuhara, SMK Kinabutan, SMK Kinabutan II, SMK Balung, SMK Umas-Umas, SMK Merotai Besar, SM. Islamiah dan Kolej Vokasional Tawau’.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar sempena Program Mini Titian Kasih serta Majlis Berbuka Puasa bersama para pelajar dan guru-guru sekolah sekitar Tawau.

 

 

Pengisian Program Mini Titian Kasih di mana para delegasi masing-masing diberikan slot khas untuk berkongsi pengalaman dalam bidang kepakaran masing-masing dan di akhir majlis turut diadakan penyerahan anugerah dan sumbangan melibatkan Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Setaraf berjumlah RM300 selama 3 tahun oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Sumbangan Program Dakwah berjumlah RM2,000 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Sumbangan Program Sekolah berjumlah RM1,000 oleh Yayasan Islam Perlis (YIPs) dan Sumbangan untuk Aktiviti Sekolah berjumlah RM700 oleh Yayasan Kebajikan Perlis (YKP).

 

Sejurus berbuka puasa, para delegasi turut solat maghrib berjemaah bersama-sama para pelajar asrama sebelum bertolak pulang ke penginapan di Hotel Rayale Borneo bagi meneruskan aktiviti selanjutnya dengan kumpulan induk.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar sempena Program Mini Titian Kasih serta Majlis Berbuka Puasa bersama para pelajar dan guru-guru sekolah sekitar Tawau.

 

 

Pengisian Program Mini Titian Kasih di mana para delegasi masing-masing diberikan slot khas untuk berkongsi pengalaman dalam bidang kepakaran masing-masing dan di akhir majlis turut diadakan penyerahan anugerah dan sumbangan melibatkan Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Setaraf berjumlah RM300 selama 3 tahun oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Sumbangan Program Dakwah berjumlah RM2,000 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Sumbangan Program Sekolah berjumlah RM1,000 oleh Yayasan Islam Perlis (YIPs) dan Sumbangan untuk Aktiviti Sekolah berjumlah RM700 oleh Yayasan Kebajikan Perlis (YKP).

 

Sejurus berbuka puasa, para delegasi turut solat Maghrib berjemaah bersama-sama para pelajar asrama sebelum bertolak pulang ke penginapan di Hotel Rayale Borneo bagi meneruskan aktiviti selanjutnya dengan kumpulan induk.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE