Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPS PERUNTUK LEBIH RM3.4 JUTA UNTUK SEKOLAH AGAMA PETANG n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPS PERUNTUK LEBIH RM3.4 JUTA UNTUK SEKOLAH AGAMA PETANG

MAIPS PERUNTUK LEBIH RM3.4 JUTA UNTUK SEKOLAH AGAMA PETANG

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 01 April 2024 07:40

KANGAR, 31 Mac (Bernama) -- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan RM3,474,592 bagi pelaksanaan pengajaran Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs) untuk tahun ini.

 

MAIPs dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan simbolik penyerahan daripada MAIPs kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) itu disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang DiPertua MAIPs.

 

JAIPs diwakili Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikannya Muhammad Haafizuddin Abirerah dan penyerahan itu berlangsung ketika Tuanku Syed Faizuddin Putra berangkat merasmikan Bazar Raya Karnival Jualan Ihsan RAHMAH MADANI di Dataran Lapang, Kangar Jaya di sini Jumaat lepas.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor berkata sumbangan itu merupakan komitmen MAIPs untuk menguatkan pembelajaran pendidikan Islam di peringkat asas.

 

"Ia dalam usaha memberikan kefahaman agama Islam yang komprehensif dalam kalangan kanak-kanak di Perlis," katanya.

 

 

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE