Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Peruntuk RM2.9 Juta Kepada Sekolah Integrasi Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs Peruntuk RM2.9 Juta Kepada Sekolah Integrasi Perlis

MAIPs Peruntuk RM2.9 Juta Kepada Sekolah Integrasi Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 09 April 2024 12:07

 

MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan peruntukan sebanyak RM2,925,188 kepada Sekolah Integrasi Perlis (SIPs) bagi menampung perbelanjaan emolumen dan perlaksanaan aktiviti sekolah tersebut bagi tahun 2024.

Sekolah Integrasi Perlis (SIPs) diperkenalkan bagi mengoptimumkan pengajian pendidikan Islam negeri ini khususnya pada sebelah petang bermula pukul 12.30 tengah hari hingga pukul 5 petang pada setiap hari.

 

Simbolik penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua MAIPs ketika berkenan berangkat menghadiri ‘Majlis Iftar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Perlis 2024’ di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Pauh Putra.

Keberangkatan tiba Baginda dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil diiringi anakanda bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail disambut oleh Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan.

 

Majlis berbuka puasa ini telah dianjurkan secara bersama oleh IPT di negeri Perlis termasuklah PTSS sebagai hos pada tahun ini secara gilirannya, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Perlis, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan terkini Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) serta beberapa lagi IPT lain.

Raja Muda dan Raja Puan Muda turut berkenan menunaikan solat Maghrib, Isyak, serta Tarawih bersama-sama para tetamu yang hadir pada malam tersebut.

Sumber daripada Suara Merdeka

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE