Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Masyarakat perlu sokong emosi muallaf n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
 Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan muallaf yang menerima sumbangan MAIPs di Masjid Al A'la Behor Temak, Kangar baru-baru ini. Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan muallaf yang menerima sumbangan MAIPs di Masjid Al A'la Behor Temak, Kangar baru-baru ini.

Masyarakat perlu sokong emosi muallaf

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 15 April 2024 09:11

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar masyarakat sentiasa memberikan sokongan emosi kepada golongan saudara baru atau muallaf.

 

Titah Baginda, aspek kesihatan mental harus diberikan perhatian agar soal kesejahteraan kehidupan mereka sentiasa terpelihara.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan MAIPs kepada salah seorang muallaf di Masjid Al A’la Behor Temak, Kangar baru-baru ini.

 

 

“Semua pihak harus berlaku adil dan perlu menghormati keputusan golongan saudara baru yang telah memilih untuk berhijrah kepada Islam,” titah Baginda.

 

“Sokongan emosi harus diberikan kepada mereka bagi mengelakkan isu tekanan yang akan menjejaskan kesihatan mental mereka,” titah Baginda.

 

Raja Muda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bernilai RM55,800 kepada saudara baru muallaf Perlis di Masjid Al A’la Behor Temak, Kangar baru-baru ini.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan sumbangan MAIPs bernilai RM55,800 oleh Mohd Nazim kepada Nafizah di Masjid Al A’la Behor Temak, Kangar baru-baru ini.

 

 

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Nafizah Abdul Halim.

 

Dalam hubungan itu, MAIPs melalui Bahagan Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) sentiasa menyediakan sokongan kepada golongan saudara baru di negeri ini melalui pendekatan runding cara dan pelaksanaan program dan kelas pengajian dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO).

 

Selain itu, MAIPs turut menubuhkan Pusat Dakwah “Perlis Centre of Wisdom” (PCW) yang bertindak melaksanakan pelbagai program dan aktiviti termasuk menyediakan platform penerangan agama melalui dalam talian.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan MAIPs kepada salah seorang muallaf di Masjid Al A’la Behor Temak, Kangar baru-baru ini.

 

 

Turut disantuni di majlis yang sama ialah para petugas kebersihan dan keceriaan terpilih dari kalangan asnaf di Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis yang semakin popular dan menjadi tumpuan utama pelancong dari dalam dan luar negara khususnya sejak kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 ini dilaksanakan. 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE