Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs peruntuk RM7 juta laksana program latihan kemahiran asnaf n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Simbolik penyerahan sumbangan kepada ATAM oleh Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bersempena Majlis Santapan Tengahari Aidilfitri di Balai Bankuasi Istana Arau. Simbolik penyerahan sumbangan kepada ATAM oleh Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bersempena Majlis Santapan Tengahari Aidilfitri di Balai Bankuasi Istana Arau.

MAIPs peruntuk RM7 juta laksana program latihan kemahiran asnaf

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 15 April 2024 09:18

ARAU, 11 April- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan 7 juta ringgit kepada Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) untuk pelaksanaan program aktiviti berbentuk latihan kemahiran asnaf dan pengurusan bagi tahun ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata ATAM ditubuhkan oleh MAIPs dengan matlamat untuk memastikan program ditawarkan dapat memberikan kesan yang optimum menerusi program penerapan jati diri dengan memberikan penekanan ketika fasa pemilihan peserta.

 

"Kejayaan dan keberkesanan program adalah elemen penting diberikan perhatian oleh ATAM agar tujuan dan maksud penubuhannya akan tercapai," katanya.

 

Mohd Nazim memaklumkannya pada simbolik penyerahan sumbangan kepada ATAM oleh Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bersempena Majlis Santapan Tengahari Aidilfitri di Balai Bankuasi Istana Arau.

 

Berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

 

Turut berangkat, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanda-anakanda baginda berdua, Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

 

Sejak dijenamakan pada 2017, pelbagai program latihan dalam bidang TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) dan kemahiran dilaksanakan oleh ATAM yang telah memberikan manfaat kepada lebih 1,300 asnaf melalui program latihan dan penempatan pekerjaan dan pelbagai lapangan bidang.

 

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE