Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis raikan peserta Pertandingan Woodball Aidilfitri n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
FOTO Media Istana Arau FOTO Media Istana Arau

Raja Muda Perlis raikan peserta Pertandingan Woodball Aidilfitri

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 15 April 2024 09:20

PAUH PUTRA, 12 April- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Woodball sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 anjuran Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL).

 

Pertandingan yang julung kalinya dianjurkan oleh PPKL dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu berlangsung di Laman Woodball Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra Pauh Putra.

 

Turut akan diadakan sempena ‘Program Balik Kampung Anak Perlis di Perantauan sempena Aidifitri’ pada kali ini ialah Perlawanan Golf antara PPKL melawan Kelab Golf Putra (KGP) Perlis merebut Piala Syed Sirajuddin Areeb Putra di Lapangan Golf KGP di Sungai Batu Pahat, pagi esok.

 

Pada sebelah petangnya pula bermula pukul 4.45 petang akan diadakan perlawanan bola sepak ‘Bola Raya’ antara PPKL melawan Pilihan Veteran Perlis juga di Stadium Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra UniMAP di Pauh Putra.

 

Para peminat bola sepak dijemput beramai-ramai hadir menyaksikan perlawanan tahunan ini yang sudah diadakan sejak 30 tahun lalu setiap kali hari raya atas ilham Tuanku Raja Muda sendiri sebagai AJK PPKL pada ketika itu.

 

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE