Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Sejarah anak bulan kelihatan di Tapak Cerapan Masjid Terapung Kuala Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
 Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar di Tapak Cerapan di Menara Pandang di Masjid Terapung Al-Hussain, Kuala Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar di Tapak Cerapan di Menara Pandang di Masjid Terapung Al-Hussain, Kuala Perlis

Sejarah anak bulan kelihatan di Tapak Cerapan Masjid Terapung Kuala Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 15 April 2024 09:22
Tuanku Syed Faizuddin Putra menunaikan solat jamaah Maghrib dan Isyak di Masjid Terapung Al-Hussain, Kuala Perlis

TAPAK Cerapan di Menara Pandang di Masjid Terapung Al-Hussain, Kuala Perlis mencatatkan sejarah apabila buat julung kali anak bulan 1 Syawal kelihatan pada pukul 7.50 petang kelmarin (9 April).

Penampakan anak bulan ini semasa Majlis Cerapan Rukyah Hilal Syawal 1445 Hijriah bersamaan 2024 Masehi diadakan.

 

Tapak cerapan ini adalah sebuah lokasi terbaharu di negeri yang telah diperkenankan sejak 2021.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra bergambar kenangan dengan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen dan anakanda-anakanda Baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra di Tapak Cerapan di Menara Pandang di Masjid Terapung Al-Hussain, Kuala Perlis

 

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri program tersebut yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri Perlis.

 

Berangkat sama adalah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanda-anakanda Baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

 

Majlis dimulakan dengan sesi Taklimat Mengenai Data Rukyah Hilal yang dikongsikan oleh Pengarah Jabatan Ukur Dan Pemetaan (JUPEM) Negeri Perlis, Mohd Khairani Md Yusop.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra kemudiannya lturut berkenan menyaksikan sesi tandatangan Pengesahan Rukyah Hilal Syawal 1445H/2024M Negeri Perlis.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan sesi tandatangan Pengesahan Rukyah Hilal Syawal 1445H/2024M Negeri Perlis di Masjid Terapung Al-Hussain, Kuala Perlis.

 

Ia ditandatangani oleh Mufti Negeri Perlis, Prof. Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis, Yang Amat Arif Haji Jaidi Ahmad; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis, Najmuddin Abdul Karim; Pengarah Jabatan Ukur Dan Pemetaan Negeri Perlis; Mohd Khairani Md Yusop; dan Setiausaha Sulit Kanan DYMM Tuanku Raja Perlis; Shaiful Amri Ahmad Safian.

 

Duli-Duli Tuanku menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah bersama sekalian yang hadir. 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE