Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - TWI Technology sediakan latihan dan peluang kerja bidang kimpalan untuk asnaf Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
TWI Technology sediakan latihan dan peluang kerja bidang kimpalan untuk asnaf Perlis

TWI Technology sediakan latihan dan peluang kerja bidang kimpalan untuk asnaf Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 22 April 2024 10:24

KANGAR, 21 April - TWI Technology (S.E Asia) Sdn Bhd, salah satu daripada 24 pusat latihan kemahiran seluruh negara diberi kelulusan, mandat dan amanat untuk melatih, mentauliah dan memberi penempatan pekerjaan kepada asnaf dan individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap di Perlis.



Pelaksanaannya menerusi Program Zero to Hero dalam bidang kimpalan dengan tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang sehingga kini berjaya melatih seramai 190 asnaf dengan jaminan pekerjaan selepas tamat latihan. 

 

Menurut Koordinator Program Zero To Hero TWI Technology (S.E Asia) Sdn Bhd, Muhammad Hazim Zainal, kerjasama bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah bermula sejak 2019 dengan pengambilan melibatkan 20 asnaf.



Pemilihan asnaf yang berkelayakan bagi mengikuti latihan kimpalan dibuat dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan, Aspirasi Prihatin Malaysia yang masuk ke kampung-kampung seluruh Perlis bagi mendapatkan pelatih yang berminat mengikuti latihan ditetapkan.



Manakala pihak MAIPs selaku penyedia dana menyediakan peruntukan untuk melatih asnaf berkenaan melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs Sdn Bhd (ATAM) dengan peruntukan tahunan sebanyak 6.5 juta ringgit.



Beliau memaklumkannya pada Majlis Taklimat Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya MAIPs di Kangar.



Bersempena majlis ini, seramai 20 pelatih dikalangan asnaf yang bakal mengikuti latihan kimpalan selama empat minggu diberikan penerangan berkaitan latihan yang bakal diikuti di Shah Alam serta meraikan pelepasan pelatih bersama keluarga ke Shah Alam.



Apabila tamat latihan empat minggu berkenaan, pelatih akan berkhidmat sebagai jurutera perunding, pengimpal dalam industri pembinaan dan perkapalan serta industri berkaitan minyak dan gas serta pemeriksa kimpalan.

 

 

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE