Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda, Raja Puan Muda hadir Majlis Riang Ria Raya Aidilfitri@UniMAP n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
 Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bermain kompang bersama Sufri (dua dari kiri) dan Zaliman (kiri sekali) sempena majlis Aidilfitri@UniMAP 2024 di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, Arau, hari ini. Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bermain kompang bersama Sufri (dua dari kiri) dan Zaliman (kiri sekali) sempena majlis Aidilfitri@UniMAP 2024 di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, Arau, hari ini.

Raja Muda, Raja Puan Muda hadir Majlis Riang Ria Raya Aidilfitri@UniMAP

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 23 April 2024 15:58
 
Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar kenangan pada majlis Aidilfitri@UniMAP 2024 di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, Arau, hari ini.

 

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Riang Ria Raya Aidilfitri@UniMAP 2024 di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, Arau, hari ini.

 

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Naib Canselor UniMAP Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Datuk Sri Sufri Mhd Zin.

 

 

Keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen disambut para tetamu pada majlis Aidilfitri@UniMAP 2024 di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, Arau, hari ini.

 

 

Majlis ini dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi mengeratkan ukhwah di kalangan warga pendidik, kakitangan dan juga para pelajar universiti.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Canselor UniMAP dan Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen merangkap Pro Canselor turut berkenan untuk menyempurnakan simbolik perasmian majlis tersebut sambil disaksikan oleh para tetamu kehormat yang lain.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan melakukan perasmian simbolik majlis Aidilfitri@UniMAP 2024 sambil disaksikan Zaliman (kiri sekali) dan isteri di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, Arau, hari ini.

 

 

Seramai 4,000 tetamu telah menghadiri dan memeriahkan majlis yang bermula pukul 11 pagi sehingga 4 petang ini.

 

Pelbagai juadah makanan dan minuman telah disediakan yang melibatkan semua jabatan dan fakulti di UniMAP.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan berswafoto dengan tetamu pada majlis Aidilfitri@UniMAP 2024 sambil disaksikan Zaliman (kiri sekali) dan isteri (kanan sekali) di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, Arau, hari ini.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE