Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kebersihan di Perlis masih pada tahap tidak membanggakan – Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada istiadat perasmian penggal persidangan kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15 di Kompleks DUN, Kangar, Perlis hari ini.-UTUSAN TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada istiadat perasmian penggal persidangan kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15 di Kompleks DUN, Kangar, Perlis hari ini.-UTUSAN

Kebersihan di Perlis masih pada tahap tidak membanggakan – Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 23 April 2024 16:06

KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail melihat tahap kebersihan di Perlis masih lagi belum berada pada tahap yang boleh dibanggakan.

 

Justeru baginda berharap, selain daripada kempen kesedaran yang dilaksanakan dari masa ke semasa, penguatkuasaan undang-undang berkaitan kebersihan persekitaran juga perlu dilaksanakan dengan tegas serta berkesan.

“Beta sedar bahawa memanda Menteri Besar mengambil berat akan permasalahan ini.

 

“Walaupun kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menyelesaikan isu kebersihan namun pada hemat beta tahap kebersihan Perlis masih lagi berada pada tahap yang belum boleh dibanggakan,” titah baginda.

 

Titah ucapan baginda itu dibacakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersempena Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke 15 di Kompleks DUN di sini hari ini.

 

Sementara itu, baginda juga menegur perbuatan-perbuatan seperti membuang sampah merata-rata, pembuangan sisa buangan secara terus ke dalam laut dan sungai serta melakukan pembakaran terbuka.

“Ia merupakan beberapa tindakan yang melampaui batas dan juga pengambilan hak orang lain,” titah baginda.

 

Sementara Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, baginda telah dimaklumkan bahawa kajian komposisi sisa pepejal mengikut komponen yang dijalankan di 28 kemudahan pengurusan sisa pepejal yang diselia oleh SWCorp telah merekodkan sebanyak 86,766.29 tan metrik atau 35.45 peratus daripada jumlah keseluruhan sisa pepejal yang dilupuskan sepanjang bulan Ramadan tahun lalu adalah merupakan sisa makanan.

 

“Hasil kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui SWCorp bagi Perlis pula menunjukkan sebanyak 1,782.45 tan metrik atau hampir 1.8 juta kilogram sisa makanan dilupuskan pada 2023.

 

“Angka-angka tersebut membayangkan betapa seriusnya perbuatan pembaziran makanan yang sedang berlaku. Manusia perlu dididik dengan nilai menghargai makanan dan disemai dengan budaya tidak membazirkan makanan.

 

“Beta berharap kerajaan negeri mengambil langkah-langkah bermakna bagi menghentikan pembaziran ini bukan sahaja pada bulan Ramadan tetapi pada setiap masa,” titah baginda.

 

 

Sumber: UTUSAN

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE