Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis bakal beri sumbangan kepada KDNK negara n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga dari kiri) memeriksa barisan kawalan kehormatan bersempena Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 di Kompleks DUN, Kangar, Perlis, hari ini.-UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga dari kiri) memeriksa barisan kawalan kehormatan bersempena Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 di Kompleks DUN, Kangar, Perlis, hari ini.-UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD

Perlis bakal beri sumbangan kepada KDNK negara

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 23 April 2024 16:27

KANGAR: Perlis dijangka bakal memberi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menerusi peningkatan beberapa sektor ekonomi utama di negeri ini.

 

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, peningkatan sektor utama yang dilihat mampu berkembang adalah seperti perkhidmatan dan logistik, pertanian, pelancongan, perlombongan dan pengkuarian, keusahawanan dan ekonomi digital serta industri pembuatan.

 

 

Titah baginda, beberapa projek pembangunan berskala besar seperti Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA), Perlis Inland Port (PIP) dan Pelabuhan Sanglang Perlis akan mampu mengubah landskap ekonomi Perlis selepas ini.

 

“Projek-projek ini akan menjadi pemangkin kepada penarikan lebih banyak pelaburan ke negeri ini. Justeru, suka beta mengingatkan kerajaan negeri agar mengutamakan dasar mesra pelabur kerana ia akan menentukan daya saing kita dalam menarik pelabur ke sini,” titah baginda.

 

Titah ucapan baginda itu dibacakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersempena Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke 15 di Kompleks DUN, di sini, hari ini.

 

Turut berangkat pada majlis berkenaan adalah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

 

Dalam pada itu, Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, kerajaan negeri juga diharap mempunyai perancangan bagi memastikan kemudahan infrastruktur, penginapan dan lain-dapat disediakan dengan secukupnya di Perlis.

 

“Ini adalah bagi menampung keperluan pekerja industri sebagai kesan langsung daripada projek-projek pembangunan tersebut,” titah baginda.

 

Sementara itu, titah Tuanku Syed Sirajuddin, baginda dimaklumkan bahawa di bawah Rolling Plan Keempat, Rancangan Malaysia Kedua Belas, kerajaan Persekutuan telah meluluskan RM573.41 juta bagi pelaksanaan 159 projek.

 

“Daripada jumlah ini, sebanyak 51 buah projek baharu telah diluluskan dengan peruntukan berjumlah RM75.4 juta.

“Justeru, beta ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana memberikan kerjasama dalam menyokong agenda-agenda pembangunan kerajaan negeri termasuk atas kelulusan peruntukan-peruntukan tersebut,” titah baginda.

 

 

Sumber: UTUSAN

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE