Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - COVID-19: Manfaatkan Sumbangan Ibnu Sabil MAIPs, Bantu Rakyat Malaysia Terkandas - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
COVID-19: Manfaatkan Sumbangan Ibnu Sabil MAIPs, Bantu Rakyat Malaysia Terkandas - Raja Muda Perlis

COVID-19: Manfaatkan Sumbangan Ibnu Sabil MAIPs, Bantu Rakyat Malaysia Terkandas - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 09 April 2020 10:11

Kangar 9 April 2020 - Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara yang pernah menerima ‘Sumbangan Ibnu Sabil Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)’ dan masih mempunyai baki daripadanya boleh menggunakannya sebagai belanja runcit tambahan bagi menampung ‘Dana Konsular’ pejabat masing-masing jika sudah tidak mencukupi bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia yang terkandas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung di segenap pelusuk dunia pada masa ini.

Sumbangan MAIPs tersebut telah diserahkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail kepada Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia sempena keberangkatan baginda ke negara-negara berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab MAIPs dalam agihan ibnu sabil dan pengantarabangsaannya.

Demikian menurut siaran media dikeluarkan oleh pihak MAIPs pada hari ini.

Tabung Ibnu Sabil disumbangkan kepada Perwakilan-Perwakilan Malaysia di luar negara bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang berhadapan dengan situasi kecemasan, terputus bekalan saradiri atau terkandas untuk kembali ke tempat asal atau meneruskan perjalanan.

Menurut kenyataan itu juga, Tuanku Raja Muda Perlis selaku Yang DiPertua MAIPs menitahsarankan agar "Pihak pejabat Perwakilan Malaysia yang pernah menerima sumbangan MAIPs ini boleh memanfaatkannya bagi tujuan membantu memberikan ‘sumbangan kecil’ kepada rakyat Malaysia yang memerlukan dalam situasi kecemasan ekoran penularan pandemik wabak COVID-19. Walaupun jumlah tidak banyak, namun adalah diharap dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban sehingga keadaan kembali reda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut bertitah bahawa dalam keadaan seperti inilah membuktikan contoh betapa perlunya untuk semua rakyat Malaysia khususnya dari Perlis yang bermastautin di luar negara baik sebagai pekerja ataupun pelajar agar mendaftarkan diri dengan pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat supaya dapat mempercepatkan sebarang tindakan bantuan, perlindungan, menjalani evakuasi jika perlu dan sebagainya bilamana berlaku bencana atau krisis besar.

Dalam pada itu, baginda turut bertitah memahami keadaan ibu bapa yang berasa bimbang dengan keadaan anak-anak mereka berjauhan di luar negara akibat penutupan sempadan negara serta pembatalan penerbangan komersial, namun berharap agar semua akan sentiasa berdoa supaya saat sukar seperti ini akan segera berakhir.

"Nasihatilah anak-anak agar mematuhi segala arahan PKP setempat, menjaga kesihatan diri, berada di rumah atau asrama, sentiasa menghubungi keluarga, mendapatkan info terkini hanya dari sumber rasmi iaitu Wisma Putra, pejabat Perwakilan Malaysia terdekat dan juga pihak berkuasa tempatan sahaja.” titah baginda lagi.

Antara Pejabat Kedutaan Besar atau Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang pernah disumbangkan dengan ‘Tabung Ibnu Sabil MAIPs’ sebelum ini adalah Bangkok, Dhaka, Islamabad, Beijing, Tokyo, Amman, Abu Dhabi, Doha, Muscat, Kaherah, London, Warsaw, Hague, Brussels dan Berne.

Sementara itu, pejabat-pejabat Konsulat atau Atase Malaysia yang terdapat di Pekan Baru Riau, Hong Kong, Guangzhou, Shanghai, Sydney, Melbourne, Jeddah, Istanbul, Milan, Munich dan Frankfurt juga telah disalurkan sumbangan yang sama.

Untuk rekod, Tuanku Raja Muda Perlis selaku Yang DiPertua MAIPs turut pernah berangkat mengetuai sendiri misi kemanusiaan MAIPs ke beberapa wilayah bergolak seperti Kem Pelarian Syria di Mafraq Jordan pada 2016, Kem Pelarian Rohingya di Cox's Bazar Bangladesh pada 2017 dan Al-Quds pada 2018.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE