Kerjasama Rangka Program, Pembangunan Di Perlis

PADANG BESAR: Semua pihak atau penaja diharap dapat merangka program dan pembangunan yang dapat dibawa ke negeri ini agar kemajuan yang dinikmati di luar negeri turut dirasai oleh rakyat Perlis.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, negeri ini semakin membangun dengan pesat dan tanpa kerjasama semua pihak, ia tidak dapat dicapai dengan mudah.

Titah baginda, antara perangkaan dan usaha yang diperlukan di negeri ialah idea daripada pihak pelabur yang boleh menghasilkan produk hiliran bagi sumber sedia ada supaya dapat menjadi satu nilai tambah kepada hasil bumi serta pendapatan rakyat.

“Kedua, usaha untuk membangunkan bidang industri perhotelan bertaraf lima bintang dan operator pusat-pusat pelancongan bagi menampung jumlah permintaan yang tinggi dalam sektor pelancongan Perlis buat masa ini.

“Dan ketiga, sokongan daripada pihak pelabur yang berhasrat untuk melabur bagi bisnes-bisnes ‘start-up’ yang diusahakan oleh anak-anak muda tempatan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian sempena Majlis Apresiasi Penaja Sisipan Khas Di Dalam Akhbar Tempatan sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-79 Raja Perlis di Shah Stable Felda Chuping, di sini hari ini.

Majlis tersebut dianjurkan Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam; Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor dan para penaja sisipan khas tersebut.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, penajaan sisipan khas di dalam akhbar sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-79 Raja Perlis amat bermakna sekali.

“Ia adalah satu manifestasi taat setia dan kasih para penaja sepanjang pemerintahan baginda.

Semoga dengan tajaan sisipan khas ini dapat meningkatkan lagi tekad dan iltizam baginda untuk terus memerintah dan membawa kemakmuran ke negeri ini.

“Bersempena dengan sambutan ulang tahun Raja Perlis ke-80 tahun hadapan, saya berharap penajaan-penajaan seumpama ini dapat diteruskan lagi, bahkan ditambah lagi dengan penajaan daripada organisasi-organisasi yang lain pula,” titah baginda.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content