Jenis-Jenis Zakat

Jenis-Jenis Zakat

Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat-Syarat Dikenakan Zakat

Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Waktu Membayar Zakat Fitrah

Tempoh Mula

Menurut Imam Syafi’i, pembayaran boleh mula dibuat pada hari pertama bulan Ramadan.

Waktu Sunat

Sepanjang bulan Ramadhan

Waktu Afdal

Pada dua hari terakhir bulan Ramadhan

Waktu Wajib

Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.

Waktu Makruh

Selepas solat hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.

Waktu Haram

Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Jika anda mahu membuat bayaran zakat fitrah dengan cepat dan mudah pada dua hari terakhir bulan Ramadan, cara paling senang adalah dengan membayarnya secara online.

Kadar Zakat Fitrah

Penetapan untuk Negeri Perlis, Tahun 1445H /2024M. Diperakukan dalam Persidangan Mesyuarat MAIPs Bil 2 / 2023 pada 3 April 2023.

RM 9.00/seorang

Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis bagi tahun 1446H /2025M

2.6kg Beras/seorang

Umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, maka kadar pengeluaran adalah sebanyak satu gantang nabawi (2.6 kilogram) bagi tiap-tiap seorang.

Zakat Pendapatan

Zakat pendapatan ialah zakat hasil yang diperolehi oleh seseorang melalui pekerjaan secara langsung atau tidak langsung seperti : Gaji, Elaun, Imbuhan, Hadiah, Pencen dan seumpamanya dengan pihak lain sama ada pihak kerajaan atau swasta atau perseorangan.

Syarat-Syarat Dikenakan Zakat

Pendapatan Melebihi Nisab Zakat

Nisab zakat mengikut harga/nilai harga emas semasa.
(Cth: Nisab Zakat = RM 20,579.75)

Cukup Haul

Setahun

Cara Pengiraan

(Pendapatan Sebenar TOLAK Perbelanjaan Sebenar) x 2.5% = Zakat yang Perlu Dibayar

Untuk contoh pengiraan pendapatan dan perbelanjaan sebenar, sila rujuk pada jadual di bawah.

Cara Kira Pendapatan Sebenar

Pendapatan sebenar adalah jumlah pendapatan bulanan atau tahunan yang diterima daripada pelbagai sumber. Contohnya, pendapatan boleh terdiri daripada gaji, elaun, dan sumber lain-lain. 

No.Jenis PendapatanBulanan (RM)Tahunan (RM)
1Gaji4,500.0054,000.00
2Elaun800.009,600.00
3Lain-lain--
Jumlah5,300.0063,600.00
Cara Kira Perbelanjaan Sebenar

Perbelanjaan sebenar melibatkan kos hidup asas dan pembayaran hutang darurat. Ini termasuk perbelanjaan diri, pasangan (isteri), anak-anak, pemberian kepada ibu bapa, perubatan, dan hutang-hutang penting seperti kenderaan atau rumah. Contoh:

No.Jenis PerbelanjaanBulanan (RM)Tahunan (RM)
1Diri*667.008,000.00
2Isteri*250.003,000.00
3Anak-anak (2 orang)400.004,800.00
4Pemberian Ibubapa100.001,200.00
5Perubatan50.00600.00
6Hutang Dharuriat :-Kenderaan550.006,600.00
7Hutang Dharuriat :-Rumah650.007,800.00
8Tabung Haji50.00600.00
9PTPN--
10KWSP--
Jumlah5,300.0063,600.00
*Bagi No. 1 dan 2, jumlah perbelanjaan ditetapkan oleh majlis.
Jumlah Zakat yang Perlu Dibayar

Zakat yang perlu dibayar dikira dengan mengurangkan perbelanjaan sebenar daripada pendapatan sebenar, dan kemudian didarabkan dengan kadar 2.5%. Contohnya:

No.PerkaraBulanan (RM)Tahunan (RM)
1Pendapatan5,300.0063,600.00
2Perbelanjaan2,717.0032,600.00
3Baki2,583.0031,000.00
4Kadarx2.5%x2.5%
Jumlah64.58775.00

Amaun zakat yang dikenakan ialah 2.5% daripada amaun Baki.

Zakat untuk Potongan Gaji

64.58 sebulan

Zakat yang Perlu Dibayar

RM 775.00 setahun

Kadar

2.5%

Zakat Wang Simpanan

Zakat wang simpanan ialah wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, amanah saham serta lain-lain bentuk simpanan atau saham di bank atau mana-mana institusi kewangan diwajibkan zakat sekiranya memenuhi syarat-syaratnya.

Nisab matawang Malaysia atau wang simpanan ditentukan mengikut nilai emas semasa seberat 85 gram atau 25 mayam. Harga atau nilai emas mengalami perubahan dari masa ke semasa mengikut siri terbitan daripada kerajaan Malaysia (JAWHAR). Maka nisab matawang adalah mengikut harga emas pada hari mengeluarkan zakat.

Kadar Zakat Matawang/Wang Simpanan

Kadar zakat yang diwajibkan bagi matawang Malaysia / wang simpanan ialah sebanyak 2.5% atau 1/40 berdasarkan baki terendah yang mencapai nisab dalam tempoh haul.

Cara Pengiraan

Harga 85 gram atau 25 mayam emas pada bulan Januari 2021 ialah RM20,579.75

TarikhWang Masuk (RM)Wang Keluar (RM)Baki (RM)
01/01/2020--30,000.00
14/04/20201,000.00-31,000.00
29/05/202010,000.00-41,000.00
18/06/20202,400.00-43,000.00
06/07/2020-3,000.0040,000.00
24/08/20202,000.00-42,000.00
13/09/2020-1,500.0040,000.00
07/10/2020-15,000.0025,000.00
25/11/20202,000.00-27,000.00
30/12/20202,400.00-30,000.00

Tempoh haul yang diambilkira ialah mulai 1/1/2020 hingga 31/12/2020.
Zakat yang wajib dikeluarkan (Nilai terendah dalam tempoh di atas) ialah RM 25,900.00 X 2.5% = RM 647.50

Zakat Emas dan Perak

Zakat emas dan perak wajib dikeluarkan apabila cukup syarat-syaratnya. Kewajipan zakat adalah berdasarkan emas yang dimiliki (emas yang dipakai dan emas yang disimpan) apabila cukup haul (setahun) dan cukup nisabnya.

Nisab Zakat Emas

Kadar nisab zakat adalah berdasarkan tahap ketulenan emas seperti jadual berikut :

EmasNisab (g)
24K/995/99985
96588.08
23K/95089.47
22K/91692.79
21K/87597.14
20K/835101.79
PAUN107.59
18K/K18/750113.33
14K/585145.30
9K/375226.66

Nisab Zakat Perak

Jumlah minima diwajibkan zakat ialah 594 gram bersamaan dengan 176 mayam.

Nisab Zakat Emas dan Perak

Kadar yang dikenakan ke atas zakat emas dan perak ialah 2.5% daripada emas/perak yang dimiliki sekiranya mencapai nisab.

Zakat Perniagaan

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan dengan tujuan untuk diperniagakan sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian atau perniagaan perkongsian. Zakat wajib dikeluarkan setelah cukup haul (setahun) dan cukup nisab dengan kadar bayaran 2.5%

Cara Pengiraan

Kaedah A (Kaedah Untung Rugi)

Hasil jualan perniagaan TOLAK perbelanjaan/ kos perniagaan.
Contoh:

No.PerkaraJumlah (RM)
1Hasil Jualan (Setahun)50,000.00
2Perbelanjaan/Kos (Setahun)20,000.00
3Keuntungan Bersih30,000.00
Jumlah Zakat yang Perlu Dibayar (Kadar 2.5%)750.00
Kaedah B (Berdasarkan Penyata Kewangan/Kunci Kira Kira)
No.PerkaraJumlah (RM)
1Pelaburan150,000.00
2Aset Semasa500,000.00
3Liabiliti Semasa200,000.00
4Baki Bersih450,000.00
Jumlah Zakat yang Perlu Dibayar (Kadar 2.5%)11,250.00

Zakat Binatang Ternakan

Binatang yang dikenakan zakat termasuk dalam kumpulan ini ialah:
1. Unta
2. Lembu
3. Kambing
4. Kambing Biri-Biri
5. Kibas

Syarat-Syarat Dikenakan Zakat

Islam

Pemilik ternakan mestilah seorang Muslim.

Merdeka

Pemilik ternakan adalah orang yang merdeka dan bukannya hamba.

Milik Sempurna

Binatang itu dimiliki sepenuhnya oleh orang yang dikenakan zakat.

Binatang itu tidak digunakan untuk menjalankan sesuatu kerja

Membajak sawah, menarik kereta, memusing kincir air dan sebagainya.

Cukup Haul

Genap satu tahun pemeliharaannya

Cukup Nisab

Unta: 5 ekor, Lembu/Kerbau: 30 ekor
Kambing Biri-Biri: 40 ekor

Bebas Merumput

Binatang-binatang yang dikenakan zakat itu hendaklah dipelihara secara bebas di padang rumput. Sekiranya tertambat atau dibawa rumput kepadanya tidak dikenakan zakat.

Cara Pengiraan

Lembu/Kerbau
Bilangan TernakanKadar Dikeluarkan Zakat
30-391 ekor anak lembu (jantina/betina) berumur 1 tahun
40-591 ekor anak lembu jantan berumur 2 tahun
60-692 ekor anak lembu jantan berumur 1 tahun
70-792 ekor anak lembu berumur 1 tahun (1 jantan dan 1 betina)
80-892 ekor anak lembu betina berumur 2 tahun
90-993 ekor anak lembu jantan berumur 1 tahun
100-1093 ekor anak lembu jantan (1 ekor anak lembu betina berumur 2 tahun dan 2 ekor jantan berumur 1 tahun)
110-1193 ekor anak lembu (1 ekor betina berumur 1 tahun dan 2 ekor jantan berumur 2 tahun)

Apabila bilangan itu lebih dari yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu yang berumur 1 tahun. Bagi setiap 40 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor lembu yang berumur 2 tahun.

Kambing/ Kambing Biri-biri
Bilangan TernakanKadar Dikeluarkan Zakat
40-1201 ekor berumur 1 tahun
121-2002 ekor berumur 1 tahun
201-2993 ekor berumur 1 tahun
300-4004 ekor berumur 1 tahun

Itulah kadar pengiraan seterusnya, tiap-tiap pertambahan 100 ekor zakatnya ditambah seekor kambing atau biri-biri nilai harganya sama.

Zakat Tanaman

Zakat tanaman ialah zakat hasil yang diusahakan oleh manusia di atas tanah milik sendiri, sewa atau sebagainya sama ada berbentuk biji-bijian dan buah-buahan atau dalam sebarang bentuk lain yang diusahakan oleh mereka.

Kadar nisab zakat tanaman ialah 5 ansuq atau 653kg.

Cara Pengiraan

Kaedah A (Tolak Kos)

Jumlah hasil tanaman TAMBAH insentif TOLAK kos-kos pengeluaran seperti membajak, meracun, menuai dan sebagainya. Zakat yang dikenakan ialah 10%. Contoh:

No.PerkaraJumlah
1Hasil Tanaman4,000.00
2Insentif1,000.00
3Jumlah5,000.00
4Kos Pengeluaran2,000.00
5Baki Bersih3,000.00
Jumlah Zakat yang Perlu Dibayar300.00
Kaedah B (Tidak Tolak Kos)

Jumlah hasil tanaman TAMBAH insentif.

No.PerkaraJumlah
1Hasil Tanaman4,000.00
2Insentif1,000.00
3Jumlah6,000.00
Jumlah Zakat yang Perlu Dibayar300.00

Keselesaan dan Kemudahan di Tangan Anda

Kami menyediakan pelbagai kaedah bayaran terkini untuk pusat bayaran untuk zakat, wakaf, dan sewa.

1. Portal Bayaran MAIPs

Berzakat secara online melalui pautan di bawah:

2. Bayaran melalui bank:

Bank Islam

090 100 100 552 90

Maybank2U

Pilih "Baitumal Negeri Perlis" sebagai Payee

CIMB Click

Pilih "Zakat Negeri Perlis" sebagai Payee

Lampirkan butiran berikut ke emel korporat@maips.gov.my:

  1. Resit atau Bukti Bayaran
  2. Nama
  3. No. Kad Pengenalan
  4. Alamat Semasa
  5. No. Telefon
  6. Jenis Zakat
  7. Tahun Bayaran

Kira Zakat Anda

Gunakan Zakat Kalkulator MAIPs untuk mengetahui kadar zakat yang perlu anda bayar, mengikut jenis-jenis zakat berikut:

Keselesaan dan Kemudahan di Tangan Anda

Kami menyediakan pelbagai kaedah bayaran terkini
untuk pusat bayaran untuk zakat, wakaf, dan sewa.

1. Portal Bayaran MAIPs

Berzakat secara online melalui pautan di bawah:

2. Bayaran melalui bank:

Bank Islam

090 100 1000 2497

Maybank2U

Pilih "Baitumal Negeri Perlis" sebagai Payee

CIMB Click

Pilih "Zakat Negeri Perlis" sebagai Payee

Lampirkan butiran berikut ke emel korporat@maips.gov.my:
  1. Resit atau Bukti Bayaran
  2. Nama
  3. No. Kad Pengenalan
  4. Alamat Semasa
  5. No. Telefon
  6. Jenis Zakat
  7. Tahun Bayaran

Kira Zakat Anda

Gunakan Zakat Kalkulator MAIPs untuk mengetahui kadar zakat yang perlu anda bayar, mengikut jenis-jenis zakat berikut:

Dalil Zakat

Teroka Lebih Lanjut

Skim Bantuan Zakat

Allah berfirman dalam surah at-Taubah ayat 60 :   “Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.    

Wakaf

Wakaf tunai MAIPs memberikan kemudahan untuk umat Islam melaksanakan ibadah wakaf dengan wang tunai dan akan disalurkan kepada projek-projek wakaf untuk kemaslahatan umat Islam di negeri ini. Dengan adanya skim wakaf tunai ini, umat Islam tanpa mengira miskin dan kaya berpeluang untuk beramal jariah menerusi konsep wakaf mengikut kemampuan dan keikhlasan

Sumber Am

Sumber Am dikenali sebagai harta yang dimanfaatkan untuk kepentingan awam. Sumber Am MAIPs terdiri daripada 2 bahagian iaitu Fidyah dan Tabung

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content