ASKAR WATANIAH ASET STRATEGIK, PENGGANDA KEKUATAN PERTAHANAN NEGARA – RAJA MUDA PERLIS

ASKAR WATANIAH ASET STRATEGIK, PENGGANDA KEKUATAN PERTAHANAN NEGARA – RAJA MUDA PERLIS

BUKIT KETERI, 11 Sept – Rejimen Askar Wataniah (AW) kini bukan sekadar pasukan simpanan, sebaliknya diiktiraf sebagai aset strategik yang berperanan penting memperkukuh kesiagaan dan keupayaan pertahanan negara. Mendaki& Mendaki Gunung

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kehadiran Askar Wataniah di seluruh negara turut menjadi jambatan yang merapatkan hubungan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan masyarakat.

Menurut baginda, kepakaran profesional dimiliki anggota Askar Wataniah dalam pelbagai sektor termasuk keselamatan siber, logistik, perubatan, kejuruteraan dan teknologi menjadikan pasukan itu sebagai pengganda kekuatan (force multiplier) yang amat signifikan kepada Tentera Darat Malaysia (TDM).

Baginda bertitah demikian selepas berkenan menyempurnakan Perbarisan Hari Ulang Tahun Ke-46 Rejimen 504 Askar Wataniah di Kem Bukit Keteri, di sini.

Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Mejar (Kehormat) Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda puteri kedua baginda berdua, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail. Royalti

Keberangkatan tiba baginda disambut Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Mohd Azwan Ariff Mohd Azawi, yang turut mengetuai perbarisan membabitkan sembilan pegawai dan 130 anggota lain-lain pangkat.

Perbarisan sempena ulang tahun ke-46 itu bukan sekadar memperingati sejarah penubuhan dan perjuangan Rejimen 504 AW, malah menjadi wadah memperkukuh semangat setiakawan, kesetiaan serta kesiapsiagaan dalam kalangan warga rejimen.

Peranan Askar Wataniah semakin penting dalam landskap pertahanan moden apabila ancaman keselamatan tidak lagi terbatas kepada peperangan konvensional, sebaliknya turut merangkumi ancaman siber, teknologi, gangguan rantaian logistik serta pelbagai bentuk krisis dan kecemasan.

Kepelbagaian latar belakang profesional anggota pasukan simpanan itu sekali gus membolehkan kepakaran awam digembleng untuk melengkapi keupayaan anggota tetap ATM apabila diperlukan.

Sebagai sebahagian daripada benteng pertahanan negara, Rejimen 504 AW terus komited memperkasa keupayaan, kemahiran dan kesiapsiagaan anggotanya supaya sentiasa bersedia digerakkan pada bila-bila masa bagi mempertahankan keselamatan, kedaulatan serta kesejahteraan negara.

Foto: Istana Arau

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.