Pencapaian mahasiswa UniSIRAJ melonjak lebih lapan kali ganda, 11 kejayaan antarabangsa

Pencapaian mahasiswa UniSIRAJ melonjak lebih lapan kali ganda, 11 kejayaan antarabangsa

TASHKENT, 4 Okt – Pencapaian mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) melonjak lebih lapan kali ganda dalam tempoh dua tahun, daripada hanya empat pencapaian pada 2023 kepada 33 pada 2025. SertaiKursus

Lebih membanggakan, 11 daripada 33 pencapaian yang direkodkan pada 2025 adalah di peringkat antarabangsa, sekali gus memperlihatkan peningkatan daya saing mahasiswa universiti berkenaan di pentas lebih tinggi.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniSIRAJ bertitah, perkembangan itu mencerminkan kemajuan positif dalam aspek kecemerlangan, daya saing serta keterlibatan mahasiswa universiti milik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenaan.

“Pada tahun 2023, UniSIRAJ merekodkan empat pencapaian mahasiswa yang kesemuanya berada di peringkat negeri.

“Bagaimanapun, jumlah tersebut meningkat dengan ketara kepada 22 pencapaian pada tahun 2024, merangkumi peringkat antarabangsa, kebangsaan dan negeri, iaitu peningkatan sebanyak 450 peratus berbanding tahun sebelumnya,” titah Baginda. SertaiKursus

Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra, momentum kecemerlangan itu terus diperkukuh pada 2025 apabila jumlah pencapaian meningkat kepada 33, termasuk 11 di peringkat antarabangsa.

Baginda bertitah, perkembangan berkenaan membuktikan mahasiswa UniSIRAJ bukan lagi sekadar aktif menyertai program dan pertandingan, sebaliknya semakin berani menguji keupayaan, mencabar batas pencapaian serta membawa nama universiti ke pentas lebih luas.

“Lonjakan ini merupakan satu titik anjakan penting dalam landskap kecemerlangan mahasiswa UniSIRAJ dan membuktikan potensi mereka untuk bersaing di peringkat lebih tinggi,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan mengadakan kunjungan ke State Museum of the Temurids di pusat bandar Tashkent, Uzbekistan.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda puteri kedua, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

State Museum of the Temurids merupakan antara institusi warisan utama Uzbekistan yang memfokuskan sejarah pemerintahan Amir Timur dan Dinasti Timurid serta menempatkan lebih 5,000 artifak bersejarah.

Muzium itu turut menawarkan pengalaman digital menerusi teknologi pemetaan unjuran (projection mapping) dan skrin sesentuh interaktif bagi memberi pengalaman lebih menarik kepada pengunjung.

Menerusi pameran terbaharu, “Uzbekistan: Heritage in Motion”, pengunjung boleh meneroka secara digital dan interaktif koleksi berkaitan Dinasti Timurid termasuk pakaian istana, senjata purba dan replika Al-Quran Uthmaniyah.

Kemudahan penerangan digital dalam bahasa Inggeris pula memperluas akses maklumat kepada pelancong antarabangsa, sekali gus memperkukuh peranan muzium berkenaan dalam memperkenalkan sejarah dan warisan Uzbekistan kepada dunia. UpahPeguam

Foto: Istana Arau

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.