Raja Muda Perlis: Keluasan fiqah perlu difahami secara menyeluruh tangani cabaran semasa

Raja Muda Perlis Keluasan fiqah perlu difahami secara menyeluruh tangani cabaran semasa

KANGAR, 14 Okt – Keluasan fiqah perlu difahami secara menyeluruh dengan mengambil kira dalil, asas penetapan hukum, perbezaan pandangan ulama serta realiti semasa bagi memastikan setiap persoalan masyarakat dapat ditangani secara bijaksana, adil dan tepat berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pendekatan itu penting bagi memastikan umat Islam memperoleh panduan agama yang jelas, relevan dan bersesuaian dengan perkembangan zaman tanpa mengabaikan prinsip serta tuntutan syarak.

Menurut baginda, kefahaman fiqah yang luas dan berasaskan ilmu serta hikmah juga mampu memperkukuh keyakinan masyarakat dalam mengamalkan ajaran Islam, khususnya ketika berdepan pelbagai cabaran kehidupan moden.

recommended by

Kinzeno
This Simple Trick Ends Knee, Hip And Back Pain Overnight!
Doctor: the mineral “secret” for joint pain
Learn more
“Semoga persidangan ini menghasilkan resolusi dan gagasan baharu yang dapat diterjemahkan melalui penulisan, penerbitan serta program ilmu agar manfaatnya dapat disebarluaskan kepada masyarakat.

Ketahui lebih lanjut
Latihan jurutera teknologi
Kerjasama teknologi tinggi
Operasi penguatkuasaan sempadan
“Resolusi yang dicapai juga diharapkan menjadi panduan kepada pentadbiran negeri, institusi agama, para pendidik dan masyarakat dalam mendepani pelbagai persoalan semasa, sekali gus memperkukuh budaya ilmu dan membimbing ummah ke arah kesejahteraan,” titah baginda.

Related Articles

Raja Muda Perlis seru calon SPM manfaatkan AI secara bijak, perkukuh disiplin diri
16 October 2026

Bloomberg, Putrajaya dan perang persepsi: Siapa sebenarnya mahu menggugat Anwar?
15 October 2026
Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan Majlis Ilmuwan Nusantara (MIN) Kali Ke-4 dan Wacana Ilmuwan Nusantara 2026 di Dewan Banquet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, di sini.

Keberangkatan tiba baginda disambut Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Profesor Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Persidangan dua hari bermula 14 hingga 15 Oktober itu dianjurkan Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Bertemakan Keluasan Fiqah dalam Menangani Cabaran Semasa, persidangan berkenaan memberi tumpuan kepada kepentingan memahami dinamisme fiqah dalam menghadapi pelbagai persoalan kontemporari, termasuk perubahan sosiopolitik dan perkembangan teknologi yang semakin kompleks.

Program bertaraf serantau itu menghimpunkan tokoh ulama, mufti, ahli akademik serta ilmuwan Islam dari tujuh negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei Darussalam, Kemboja dan Vietnam. Latihanjurutera teknologi

Penyertaan ilmuwan dari pelbagai negara turut membuka ruang kepada pertukaran pandangan, perkongsian pengalaman dan pengukuhan jaringan kerjasama antara institusi Islam di rantau Asia Tenggara.

Ketahui lebih lanjut
Perlindungan sempadan Malaysia
Teknologi tinggi Jordan
Jurutera Malaysia Jordan
Persidangan itu juga menjadi platform penting untuk memperluas perbincangan ilmiah dalam mencari pendekatan terbaik menangani isu semasa, selain memelihara kemaslahatan masyarakat, memperkukuh kesatuan umat Islam dan memacu kemajuan ummah.

Pada majlis sama, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyempurnakan pengurniaan sijil penghargaan kepada 25 delegasi persidangan sebagai pengiktirafan terhadap penyertaan dan sumbangan mereka dalam menjayakan program ilmiah berkenaan.

– SUARA MERDEKA

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content