UniMAP Cipta Sejarah, Perpustakaan Universiti Awam Pertama Tawar Platform AI LeapSpace

UniMAP Cipta Sejarah, Perpustakaan Universiti Awam Pertama Tawar Platform AI LeapSpace

PADANG BESAR, 2 Nov – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mencipta sejarah apabila menjadi universiti awam pertama di negara ini yang menawarkan platform kecerdasan buatan (AI) LeapSpace menerusi kemudahan perpustakaannya, sekali gus memperkukuh usaha transformasi digital dalam pendidikan tinggi.

Platform berkenaan dilancarkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersempena perasmian Perpustakaan Sains Sosial dan Kemanusiaan (PSSK) UniMAP yang baharu di Kampus UniCITI Alam, Sungai Chuchuh, Titi Tinggi, di sini, semalam.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor UniMAP.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dan Ketua Pustakawan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra UniMAP, Mazmin Mat Akhir.

Pelancaran LeapSpace menandakan satu lagi langkah penting UniMAP dalam memperluas penggunaan teknologi AI bagi menyokong ekosistem pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan universiti.

Sementara itu, PSSK yang baharu menyediakan persekitaran pembelajaran kondusif dengan pelbagai kemudahan moden bagi memenuhi keperluan akademik warga universiti.

Antara kemudahan yang disediakan ialah Focus Pod, Inspire Zone, ColabSpace, Koleksi Pembelajaran, MindSpace dan Synergy Space.

Ruang berkenaan direka untuk menawarkan pengalaman pembelajaran lebih fleksibel, menggalakkan kerjasama antara pelajar serta merangsang kreativiti, pemikiran kritis dan perkongsian idea.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen turut berkenan melawat sekitar perpustakaan serta mendengar taklimat mengenai fasiliti dan kemudahan yang disediakan.

Pembangunan perpustakaan itu mencerminkan komitmen UniMAP untuk memperkukuh infrastruktur pendidikan tinggi selaras dengan perubahan landskap pembelajaran yang semakin berorientasikan teknologi dan inovasi.

Kemudahan berkenaan juga diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembudayaan ilmu dan penghasilan inovasi, sekali gus menyokong aspirasi UniMAP melahirkan graduan berpengetahuan, berdaya saing serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content