Fasiliti
Fasiliti
- Dewan Kuliyyah
- Taman Desa Asnaf
Dewan Kuliyyah
Dewan Kuliyyah MAIPs merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh pihak MAIPs. Ianya sebuah Kompleks Wakaf yang mempunyai fasiliti dewan serbaguna, bilik mesyuarat, ruang jamuan dan dewan terbuka.
Dewan Kuliyyah MAIPs telah dirasmikan pada tanggal 26 Julai 2014 (Khamis) bersamaan 28 Syaaban 1435H oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang merupakan Tuanku Yang DiPertua MAIPs.
Kompleks ini pada asalnya adalah sebuah masjid lama Behor Temak Kangar sebelum dipindahkan ke masjid baharu yang terletak berhampiran.
Kerja-kerja renovasi masjid lama ini telah dimulakan pada 22 April 2013 (Isnin) hasil sumbangan pihak MIDF bernilai RM 200,000.
Pada masa kini, Dewan Kuliyyah MAIPs digunakan untuk melaksanakan majlis-majlis ilmu, program rasmi, lokasi bermesyuarat dan turut dibuka untuk tempahan sewaan.
Ingin Tempah Dewan?
Sila hubungi Bahagian Pembangunan Wakaf, Hartanah dan Mal MAIPs:
Hubungi Kami
04-979 4439
Lokasi Dewan Kuliyyah
Dewan Kuliyyah MAIPs, Kampung Pengkalan Asam, 0100 Kangar, Perlis
Taman Desa Asnaf
Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup, Perlis seluas 14 ekar merupakan projek penempatan asnaf fakir dan miskin yang mempunyai projek kediaman dan agroekonomi.
Projek ini merupakan hasil kolaborasi antara Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Kerja – kerja pembangunan projek penempatan telah dimulakan pada tahun 2012 dan siap sepenuhnya pada bulan Julai 2013.
Projek penempatan ini diberi nama “Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup” yang telah mendapat perkenan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis selaku Yang Di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Penempatan ini telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis dalam satu majlis perasmian yang turut dihadiri oleh DYMM Sultan Selangor pada 27 November 2013.
Selain komponen agro yang melibatkan aktiviti tanaman rock mellon dan ternakan ikan serta penempatan, ladang ini turut dilengkapi dengan Villa Tamu, Homestay Inapan Musafir, Pusat Celik Minda, Pusat Komputer, Surau, Tadika, Padang Bola, Padang Permainan dan sebagainya.
Lokasi Taman Desa Asnaf
Teroka Lebih Lanjut
Jenis-jenis zakat
Zakat pendapatan ialah zakat hasil yang diperolehi oleh seseorang melalui pekerjaan secara langsung atau tidak langsung seperti : Gaji, Elaun, Imbuhan, Hadiah, Pencen dan seumpamanya dengan pihak lain samada pihak kerajaan atau swasta atau perseorangan.
Wakaf
Wakaf tunai MAIPs memberikan kemudahan untuk umat Islam melaksanakan ibadah wakaf dengan wang tunai dan akan disalurkan kepada projek-projek wakaf untuk kemaslahatan umat Islam di negeri ini. Dengan adanya skim wakaf tunai ini, umat Islam tanpa mengira miskin dan kaya berpeluang untuk beramal jariah menerusi konsep wakaf mengikut kemampuan dan keikhlasan
Sumber Am
Sumber Am dikenali sebagai harta yang dimanfaatkan untuk kepentingan awam. Sumber Am MAIPs terdiri daripada 2 bahagian iaitu Fidyah dan Tabung