Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Dua pos kawalan baharu di sempadan

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Dua pos kawalan baharu di sempadan

Dua pos kawalan baharu di sempadan

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 14 December 2020 07:38

ARAU : Dua pos kawalan baharu akan dibina di kawasan sempadan khususnya di sebelah utara di sini sebagai salah satu usaha mengukuhkan kawalan sempadan negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu telah diputuskan hasil daripada perbincangan berhubung isu sempadan yang diadakan baru-baru ini.

Katanya, perbincangan tersebut adalah bagi mencari penyelesaian yang bersifat menyeluruh dalam soal keselamatan sempadan negara itu.

Jelasnya, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang yang mengetahui Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) untuk Op Benteng telah mengadakan perbincangan tersebut bersama agensi beruniform yang mengawal kawasan sempadan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan lain-lain lagi.

“Untuk memperkukuhkan kawalan di sempadan utara negara, kita akan membina dua pos kawalan baharu serta menambah peralatan baharu.

“Beberapa peralatan baharu telah kita beli seperti dron dan sebagainya. Peruntukan khas di bawah Op Benteng memang ada disediakan untuk tujuan pemulihan di sempadan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail di Istana Arau di sini hari ini.

Turut bersama pertemuan kira-kira satu jam itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd. Aziz dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain.

Isu keselamatan di sempadan negara Malaysia-Thailand kembali hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini berikutan insiden tembakan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand pada 24 November lalu yang telah mengorbankan Sarjan Baharuddin Ramli,54.

- UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE