Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kerjasama strategik mampu jadikan projek rintis Book2U satu realiti

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Kerjasama strategik mampu jadikan projek rintis Book2U satu realiti

Kerjasama strategik mampu jadikan projek rintis Book2U satu realiti

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 14 December 2020 07:43

PADANG BESAR, 13 Dis  -- Kerjasama strategik antara Perpustakaan Desa dengan Pusat Sumber Sekolah di Perlis mampu menjadikan projek rintis Book2U satu realiti. 

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah usaha yang dilakukan pihak Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPANPs) diharap dapat meningkatkan potensi masyarakat melalui program keilmuan yang diadakan dari semasa ke semasa.

"Menerusi usaha ini dapat dilihat bahawa kadar pinjaman buku di perpustakaan telah meningkat, peserta daripada golongan berpendapatan sederhana B40 juga mendapat bekalan bahan bacaan setiap dua minggu dan pusat sumber sekolah dapat meningkatkan lagi jaringan serta kerjasama antara agensi," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis perasmian Perpustakaan Desa, Batu Bertangkup, Taman Desa Asnaf MAIPs dan Pelancaran Book2U, Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Berangkat sama pada majlis itu, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Titah baginda berbanding sektor lain, perpustakaan dilihat kurang terjejas akibat wabak COVID-19 bahkan terus aktif dalam membudayakan aktiviti membaca. 

Baginda bertitah projek ini dapat diperluaskan lagi ke seluruh sekolah di Perlis dan menjadi satu produk ’trademark’ bagi negeri ini kelak selain kajian keberkesanan perlulah dilaksanakan bagi memastikan projek ini ditambah baik pada masa hadapan. 

Program Book2U adalah hasil daripada percambahan idea Jawatankuasa Pembangunan Perpustakaan Desa Perlis dan PPANPs dalam memastikan perpustakaan awam terus relevan kepada masyarakat.

Menerusi projek ini, setiap sekolah akan mencari 10 murid B40 yang berminat dan mereka akan dibekalkan sebuah beg berisi 10 buku pelbagai tajuk yang bersesuaian untuk bacaan murid dan ahli keluarga dan beg buku itu akan ditukar dengan buku baharu setiap dua minggu.

-- BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE