Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis nasihat JK Fatwa Perlis suburkan budaya ilmu

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Raja Perlis nasihat JK Fatwa Perlis suburkan budaya ilmu

Raja Perlis nasihat JK Fatwa Perlis suburkan budaya ilmu

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 14 December 2020 10:37

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menitah nasihatkan agar Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis terus beriltizam dengan semangat muafakat untuk memberi sumbangan ke arah memajukan pemikiran, meluruskan pemahaman, meneguhkan pegangan, menyebarkan dan mengangkat syiar Islam di bumi Perlis ini.

Budaya ilmu perlu disuburkan dalam usaha mendidik masyarakat kini hingga generasi yang akan datang.

Baginda juga menitahkan ucapan tahniah buat semua Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang telah memainkan peranan dengan pantas dan berkesan ketika berhadapan dengan suasana pandemik wabak COVID-19.

Baginda tidak putus-putus berdoa agar negeri ini terus dipelihara keselamatan sekalian rakyat daripada ancaman COVID-19.

Tuanku Syed Sirajuddin juga amat berbangga dengan keanggotaan Ahli Jawatankuasa Fatwa Perlis yang terdiri daripada pelbagai pakar dalam bidang masing-masing. Ini memberi nilai kelebihan bagi menghasilkan kajian-kajian fatwa yang lebih bermutu dan menyelesaikan permasalahan serta memberi panduan kepada masyarakat.

Demikian titah baginda ketika berkenan menyempurnakan ‘Majlis Pengurniaan Watikah Tauliah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Dan Ahli Jawatankuasa Pengawasan Dan Pengajaran Agama Islam Negeri Perlis Sesi 2020-2021’ yang diadakan di Balai Menghadap Hijau Istana Arau pada petang tadi.

Berangkat sama mengiringi baginda ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Menurut baginda, kini Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis telah mencapai bilangan mesyuarat kali yang ke-50 atau peringkat jubli emas.

Tuanku Raja seterusnya menzahirkan ucapan tahniah dan penghargaan buat semua Ahli Jawatankuasa Fatwa yang terlibat secara langsung membangunkan institusi fatwa di negeri ini. Ia juga sekaligus membantu baginda melunaskan tanggungjawab sebagai Ketua Agama bagi negeri Perlis ini.

Senarai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh Mufti, Datuk Arif Perkasa Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin terdiri daripada Profesor Datuk Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi Haji Othman, Datuk Alim Setia Ahmad Jusoh, Profesor Dr. Basri Ibrahim, Profesor Madya Dr. Muhamad Rozaimi Ramle, Datuk Dr. Johari Mat, Ustaz Syed Abu Bakar Syed Kamal Bharin Jamalullail, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman, Profesor. Madya Dr. Azman Mohd Noor, Profesor Madya Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar, Profesor Madya. Dr. Mohd Akram Datuk Dahlan, Dr. Kamilin Jamilin dan Dr. Ahmad Sufian Che Abdullah selain daripada Timbalan Mufti Negeri.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE