Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - “Pandemik Perlu Dilihat sebagai Hikmah” – Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
“Pandemik Perlu Dilihat sebagai Hikmah” – Raja Muda Perlis

“Pandemik Perlu Dilihat sebagai Hikmah” – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Thursday, 28 October 2021 07:37

Kangar – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan majlis perasmian Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang disiarkan secara maya semalam melalui Facebook Langsung Suara Sunnah Channel.

Webinar yang bertemakan “Women in Search of Excellence (WISE)” ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Jabatan Mufti Negeri Perlis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan Suara Sunnah Channel.

Menerusi majlis tersebut, baginda bertitah bahawa pandemik perlu dilihat sebagai satu hikmah, peluang untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dan menguatkan hubungan antara manusia dengan Allah SWT.

“Ketika orang ramai menganggap wabak sebagai ‘meragut’ dan mengubah kehidupan, kita harus melihat keadaan ini sebagai satu hikmah yang tersirat. Kita harus akui, pandemik dan kehidupan norma baharu memberikan impak besar, namun kehidupan perlu diteruskan dengan semangat, pemikiran dan sikap yang positif,” titah baginda.

Mengambil contoh pelaksanaan bekerja dari rumah yang sudah menjangkau tempoh hampir dua tahun dan kebanyakan kerja boleh dilaksanakan secara dalam talian, keadaan ini sudah menjadi suatu kelaziman baharu untuk masyarakat pada masa ini.

Baginda bertitah lagi, “Oleh itu, diingatkan jika kita melihat sesuatu perkara itu dari sudut positif, maka perkara tersebut akan menjadi positif, dan begitulah juga sebaliknya. Jadikan ruang ini sebagai peluang kita untuk meluangkan masa, bermesra dan bermanja bersama-sama keluarga selain mendekatkan diri dengan Allah SWT.”

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Penasihat DiRaja YTF juga bertitah bahawa golongan wanita tidak seharusnya menjadikan keluarga, suami mahupun anak-anak sebagai alasan untuk mengetepikan impian masing-masing. Wanita diharapkan mampu membuat keputusan bagi membentuk diri, keluarga dan masyarakat sekiranya mereka percaya pada kebolehan sendiri.

Ahli panel yang diundang dalam program tersebut ialah Profesor Madya Dr. Mohd Rozaimi Ramle, Dato’ Dr. Zaininah Mohd Zain, Dato’ Dr. Jahizah Hassan, Dato’ Dr. Zaridah Shaffie, Profesor Datin Dr. Raihana Haji Abdullah dan Profesor Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail.

Sumber: Jendela BP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE