Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis tutup kempen bulan kanser

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Raja Muda Perlis tutup kempen bulan kanser

Raja Muda Perlis tutup kempen bulan kanser

/ Berita Terkini MAIPs / Saturday, 30 October 2021 11:09

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menutup kempen ‘Oktober Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia Peringkat Negeri Perlis’ anjuran Jabatan Kesihatan Negeri yang diadakan di Masjid Al Makmur, Kampung Bongor Kudong bagi zon Simpang Empat sempena Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke 31 bagi tahun 2021.

Program kali ini melibatkan 4 siri ceramah dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dan telah juga dilaksanakan di Padang Besar, Kuala Perlis dan Repoh, Kangar sepanjang bulan ini.

Terdahulu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam di Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Dr Sharul Rizan Ilias dalam ceramah beliau berkongsi dengan semua yang hadir tentang faktor-faktor risiko kanser payudara.

Antaranya ialah risiko bertambah sekiranya pernah ada barah payudara, sejarah keluarga yang mana seseorang itu mempunyai risiko tinggi jika ahli keluarganya seperti ibu, atau adik beradik mempunyai barah payudara peningkatan usia dan juga sejarah radiasi ke payudara.

Menurut beliau, umur awal datang haid pertama iaitu wanita yang mendapat haid pada peringkat umur yang muda mempunyai risiko yang tinggi berbanding wanita yang mendapat haid pada umur yang lewat. Manakala umur lambat putus haid yakni wanita yang putus haid awal mempunyai risiko yang rendah mendapat barah payudara.

Sementara itu dalam sesi berasingan, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim yang mempersembahkan junjungan kasih kepada Tuanku Raja Muda yang sentiasa mengambil berat dalam aspek kesejahteraan kesihatan rakyat baginda tersayang melalui kempen ‘Perlis Hebat! Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ turut berterima kasih kepada MAIPs, YTSP dan YTF di atas kerjasama dan platform yang diberikan untuk menjayakan kempen kali ini. Beliau juga memaklumkan bahawa umur mengandung anak bilamana ibu yang mengandung pada umur yang muda juga mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat barah payudara dan menyentuh aspek penyusuan pula ibu-ibu yang memberi susu ibu kepada anak mereka selama 2 tahun mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat barah payudara.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE